Tiada Perbincangan 'isu warna stoking' - Pengarah PPUM



Pengarah PPUM | Saya boleh mengesahkan sepanjang masa YB Dr Maszlee Malik berada di PPUM untuk lawatan mengejut Hari ini, beliau tidak sepatah pun menyebut apatah lagi berbincang tentang “warna stokin”.

Saya berada dengannya sepanjang masa beliau di sini dan apa yang dibincangkan bersama NC(UM), KP dan KSU adalah tentang potensi pengajaran Dan penyelidikan yang cemerlang di PPUM dan untuk perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada rakyat Malaysia, terutama bagi mereka dari golongan yang berpendapatan rendah.

Saya Rasa perkara itulah sepatutnya ditekankan di dalam berita akhbar. Cara berita ini disampaikan sebaliknya menggunakan gambar dan masa lawatan beliau ke PPUM, dan memberikan tajuk akhbar ”perbincangan mengenai warna stokin” sangat mengelirukan pembaca.

Saya harap pembaca semua ambil perhatian tentang perkara ini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Utusan lg. Kna aktifkn blik akta berita tidak benar ni.

    ReplyDelete
  2. Yg duk sebar utusan. Utusan dgn umno berpisah tiada. Dh boleh bergabung sebenarnya utusan dgn harakah ni

    ReplyDelete