Tian Chua Tidak Puashati Pemilihan PKR !

FMT | Pemimpin PKR Tian Chua mahu audit dijalankan ke atas pemilihan parti di Melaka dan Negeri Sembilan kerana keputusanya “meragukan”.

Beliau berkata beberapa pimpinan PKR mahu tahu keputusan di semua pusat mengundi dan jika ia tidak selaras dengan angka-angka lain, “kami mahu siasatan diperluaskan”.

Tian berkata sistem e-undi yang digunakan dalam pemilihan parti kali ini tidak sepatutnya ada sebarang masalah teknikal.

Beliau juga berkata mana-mana calon tidak boleh andaikan kemenangan kerana terdapatnya masalah teknikal di pusat-pusat mengundi di Melaka dan Negeri Sembilan.

Tian mengulas masalah tenikal yang dikatakan berlaku di beberapa bahagian di Negeri Sembilan dan Melaka yang menyebabkan keputusan tidak dapat diumumkan pada hari yang sama.

Calon timbalan presiden Rafizi Ramli yang bersaing sengit dengan penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan kemenangan di Melaka dan Negeri Sembilan sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Rafizi berkata keputusan bagi bahagian Rembau, Teluk Kemang dan Jelebu di Negeri Sembilan, dan di Kota Melaka, Jasin dan Tangga Batu akan terbit lewat malam kerana “masalah internet” yang menyebabkan banyak undi belum dihantar kepada pelayar.

Post a Comment

1 Comments