Tindakan Tegas Menanti Pensyarah Kurang Kasih Sayang

FMT|Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada pihak universiti untuk mengambil tindakan susulan terhadap pensyarah yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap pelajar dan rakan sekerja.

Menteri Maszlee Malik berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes gangguan seksual di institusi pendidikan tinggi.

“Pihak jawatankuasa khas kini dalam proses menjalankan siasatan. Pihak universiti juga telah meminta staf yang didakwa untuk bercuti selama 2 minggu supaya siasatan dapat dijalankan sebaik mungkin. 
“Kementerian menyerahkan kepada pihak universiti untuk mengambil tindakan susulan sewajarnya bersandarkan hasil laporan yang bakal dikemukakan oleh jawatankuasa khas,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu pensyarah terbabit dicutikan pada 11 Oktober lepas hingga 25 Oktober ini.

Sebelum ini, FMT melaporkan seorang pensyarah di sebuah universiti swasta didakwa menghantar mesej berbentuk gangguan seksual kepada pelajar dan rakan sekerja menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Mangsa berkongsi kisah mereka di media sosial dengan memuat naik tangkap layar mesej didakwa dihantar lelaki itu.

Satu akaun Facebook mengumpul maklumat daripada semua individu yang didakwa menjadi mangsa pensyarah itu.

“Pensyarah itu tidak dapat mengawal niatnya yang menjijikkan. Dia turut berulang kali membuat gangguan secara lisan terhadap pelajarnya,” menurut satu catatan Facebook.

Post a Comment

1 Comments

  1. Aku syak ni bkn takat kurang ksh syg. Terlebih mkn ubat kuat

    ReplyDelete