Kerana tidak mendapat restu percintaan, seorang wanita sanggup membakar ibunya hingga meninggal dunia, di utara China dan menerima hukuman 15 tahun penjara.
Wanita dari Shenyang wilayah Liaoning itu yang dikenali sebagai Li mempunyai hubungan renggang dengan ibunya selepas tidak mendapat restu.
Menurut Huashang Morning News, tindakan itu dilakukan pada Disember lalu ketika Li pulang ke rumah dan bertanyakan ibunya sama-sama wanita itu memerlukan bantuan untuk menyiram bunga.
Li kemudian mengambil beberapa cecair lalu menyimbah ke arah ibunya dan membakar bahagian rambut sebelum melarat ke seluruh badan.
"Bukan setakat itu, saya turut mendengar ibu saya menangis meminta bantuan ketika saya keluar meninggalkan rumah," kata Li.
Selepas melakukan perbuatan itu, Li membuat laporan polis di balai polis berhampiran mendakwa ibunya cuba membakar diri sendiri kerana tidak merestui hubungan percintaannya.
Bagaimanapun, Li ditahan selepas pasukan penyiasat menerima kenyataan berbeza daripada bapa Li.
Ibu Li yang dikenali sebagai Zhang, 49 tahun mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan.
Astro Awani
0 Comments