University & Kolej Milik MCA Disekat Peruntukan


Kenyataan menteri kewangan Lim Guan Eng bahawa dua intititusi pengajian tinggi swasta milik MCA perlu dipisahkan dengan parti itu disifatkan sebagai dendam politik, kata imbalan presiden parti itu Mah Hang Soon.

Mah berkata pelajar di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) akan menjadi mangsa sekiranya kedua-dua instititusi itu memutuskan hubungan dengan MCA sebagai syarat mendapat bantuan kerajaan pada tahun 2020.

"Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat ancaman terbuka dan menjejaskan hak pelajar Cina pada masa yang sama apabila dia menuntut jika UC dan Universiti Tunku Abdul Rahman UTAR mendapatkan bantuan kerajaan pada tahun 2020, mereka tidak boleh dimiliki oleh MCA .

"Kenyataannya yang mengancam di parlimen bahawa MCA mesti memutuskan hubungan dengan kedua-dua institusi itu sebelum kerajaan dapat mempertimbangkan apa-apa peruntukan, tidak lain adalah dendam politik, dan kali ini para pelajar UTAR dan TAR UC sendiri akan menjadi korban," kata Mah dalam satu kenyataan.

Mah mendakwa Lim tidak mengendahkan pelajar yang berasal daripada keluarga yang kurang berada dan mendapat manfaat daripada yuran yang berpatutan di kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Timbalan Pengerusi MCA Perak itu berkata, kedua-dua institusi itu telah menghasilkan puluhan ribu lepasan berbakat sejak penubuhannya terutamanya selepas TAR UC memperoleh status universiti kolej pada tahun 2013.

"Adalah mengecewakan melihat seorang menteri berketurunan Cina, Lim bukan saja tidak menawarkan bantuan tetapi mengambil keputusan sendiri untuk memangsakan UTAR dan TAR UC semata-mata kerana hubungan mereka dengan MCA.

"Kenyataan beliau akan menghalang pelajar miskin daripada mendapat yuran berpatutan dan melemahkan impian belajar mereka," kata Mah yang menegaskan kedua-dua institusi itu tidak boleh disamakan dengan universiti atau kolej swasta lain.

Lim membuat kenyataan itu dalam ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Parlimen pada Rabu lalu sebagai respons kepada Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong yang bertanya mengapa kerajaan memotong peruntukan untuk kedua-dua institusi itu.

Walaupun kerajaan menyediakan dana pembangunan sebanyak RM5.5 juta untuk UTAR dan Tar UC, Wee menegaskan ia tidak mendapat sebarang geran. Lim berkata peruntukan seterusnya boleh dipertimbangkan selepas kedua-dua institusi itu dipisahkan daripada MCA.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments