Isu Tanah KTM Di Tanjung Pagar - Malaysia vs Singapura

Tanjung Pagar. Saya lihat ramai yang tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjung Pagar, Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia.

Alangkah senangnya untuk menuduh! Biar saya jelaskan.

Perjanjian asal untuk menghentikan stesen keretapi di Tanjung Pagar dan menukar tanah bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.

Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjung Pagar kepada stesen baru di Kranji - bukan saya yang bersetuju.

Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands di dalam syarikat JV bersama dengan kerajaan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura.

Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.

Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah di dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura di dalam pelbagai isu pada masa itu.

Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi satu hasil sen kepada kita.

Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu. Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja. Ia tidak boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek yang lain.

Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembinaan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas.

Jika Singapura tidak bersetuju dengan kita dan tidak menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja.

Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa. Malah kita perlu membayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.

Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana Singapura akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor  sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.

Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.

Sesiapa yang mengenali Singapura akan tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah di kawasan yang paling berharga di negara itu manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.

Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah.

Tanah-tanah ini telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional.

Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).

Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun ini dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara.

Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah "The Heart".

Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah, sesuatu pulangan berterusan jangka panjang untuk kita.

Beberapa bulan lalu, laporan media Singapura melaporkan bahawa Khazanah Nasional di bawah kerajaan PH sedang berunding untuk menjualkan pegangan 60% di dalam M-S Pte Ltd kepada Temasek, kerajaan Singapura.

Walaupun kerajaan PH telah menafikan berita itu tetapi jangkaan saya ialah tidak lama lagi, kerajaan PH akan menjualnya juga dengan alasan ini adalah aset tidak strategik.

Tulisan Najib Razak

Post a Comment

1 Comments

  1. Itulah mana SPRM oi - DAKWA segera si PERASUAH/PEROMPAK-no-2, lepas TUAN PEROMPAK/PERASUAH Diktator madey PAR*A anak beranak BANGKAI PARASIT dia !!!!

    SP*M ni mmg. dah diANJINGkan oleh syukriHOMO BANGKAI ANJING TAK GUNA tu!! TAK lama lagi akan diROMPAK/diJUAL oleh si KEMBAQ DAJALmadey PAR*A-daimHOMO ni ASET Marina One, dlm. KHAZANAH NASIONAL kami ni!!!

    Semua TUDUHAN2 PALSU ke atas pemimpin2 AGUNG Bumiputera/Orang Asal kami, terutamanya dr. UMNO, iaitu, YAB DS Najib dan Isteri terCINTA, YAB DS Rosmah, YAB TS Musa Aman dan YAB DS Zahid terCINTA kami - sebenaqnya nak MENUTUP jenayah2 ROMPAKAN2/RASUAH2 oleh rejim BANGKAI2 PARASIT PENJAJAH/PENGGANAS madey anak beranak PAR*A/DAPanjing KURAP HOMO JIJIK/warisanHOMO-KULI2 puaka2 ZIONIS Freemason CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS, terutamanya ASET2 NEGARA/BUMIPUTERA/ISLAM dr. KHAZANAH NASIONAL, PETRONAS; TANAH2 pusaka kami dr. PEMBATALAN PROJEK2 rakyat spt. ECRL, HSR dll, dan hasil MINYAK/GAS dr. SABAH, SARAWAK, KELANTAN dan TERENGGANU!!

    Lihat ROMPAKAN/RASUAH sbnyk. $160 BILLION oleh KEMBAQ DAJAL madey PAR*A/daimHOMO ni dan $1 BILLION oleh kit siang BANGKAI BABI, yg.diDEDAHkan dgn. amat BERNAS oleh RPK! Di -

    https://www.malaysia-today.net/2017/10/13/mahathirs-rm160-billion-banking-empire/

    Mahathir’s RM160 billion banking empire

    Raja Petra Kamaruddin

    Malaysia Today
    Oct 20, 2017

    (Tok Terkedu)

    ReplyDelete