Terlebih Prihatin! Pengedar Dadah Pun Kerajaan PH Nak Rayu Hukuman Gantung


Kerajaan akan menghantar surat perwakilan kepada Singapura untuk membantah pelaksanaan hukuman mati ke atas warga Malaysia, Michael Anak Garing di republik itu, Jumaat ini.

"Saya fikir kami membuat surat perwakilan sama kepada kerajaan Singapura sebelum ini dalam pelaksanaan hukuman mati Prabu jika kamu ingat. Singapura mengambil pendirian bahawa mereka mempunyai undang-undang untuk dipatuhi.

"Kita perlu menghormati keputusan mereka dalam isu itu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Liew merujuk kepada kes Prabu N Pathmanathan yang berusia 31 tahun dan dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar 227.82g heroin ke republik itu pada 31 Disember 2014.

Adalah dilaporkan pada tahun lalu bahawa Liew menulis surat kepada kerajaan Singapura yang memohon hukuman mati itu digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Walau bagaimanapun, ini ditolak dan Prabu digantung pada pagi 26 Oktober.

Diasak pagi ini mengenai masalah Michael, 30 tahun yang didapati bersalah dengan kes pembunuhan di Singapura pada tahun 2015, menteri itu berkata Malaysia "[...] akan menghantar perwakilan dan protes mengenai isu ini".

"Seperti apa yang telah kita lakukan sebelum ini," katanya.

Apabila ditegaskan bahawa hukuman ke atas lelaki dari Sarawak itu dijadualkan Jumaat ini, Liew mengakui bahawa beliau baru sahaja mengetahui kes berkenaan dan akan “bertindak”.

"Sudah tentu, terpulang kepada belas kasihan presiden Singapura sama ada mahu menghukum atau membebaskannya.

“Kita boleh tulis kepada presiden itu mengenai apa yang kita mahu katakan," katanya.

Michael adalah seorang beberapa lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan di Kallang, Singapura pada tahun 2010 hingga menyebabkan tiga orang cedera parah manakala yang keempat terbunuh.

Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 2015 mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya manakala seorang lagi suspek lain, Tony Imba, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Mahkamah Rayuan menolak rayuan Michael pada 2017.


Kinitv

Post a Comment

0 Comments