Penarafan Kredit Antarabangsa Petronas Diturunkan...



Hari ini, syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody's telah menurunkan penarafan PETRONAS.

Tahun lepas, saya telah memberi amaran tentang ini apabila PH meningkatkan ketergantungan kerajaan kepada hasil minyak kepada tahap yang tinggi dan setelah mereka menjarah RM82 bilion dari PETRONAS.

Masa itu, syarikat penarafan kredit serta-merta turunkan prospek kredit PETRONAS kepada negatif.

Tapi Tony Pua membidas saya bahawa ini hanya penurunan prospek PETRONAS, bukan penurunan penarafan.

Prospek negatif Petronas bukannya penurunan penarafan - Tony Pua
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/prospek-negatif-petronas-bukannya-penurunan-penarafan-tony-pua-190687

Malangnya untuk Pua, penarafan kredit PETRONAS benar-benar diturunkan hari ini atas sebab-sebab yang saya beri tadi.

Ini bermakna kos pinjaman untuk PETRONAS akan meningkat. Begitu juga untuk kos pinjaman kerajaan.

Saya percaya PH masih terus menjarah dari PETRONAS untuk tahun ini.

Itu mungkin antara sebab Moody's dengan rasminya telah turunkan penarafan kredit PETRONAS hari ini.

Kita tengok berapa mereka angkat apabila PETRONAS mengeluarkan laporan tahunan 2019 mereka pada awal tahun 2020.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments