Jawapan Najib Terhadap 41 Individu Yang Dinyatakan SPRM

Pagi ini, berita video intim tergendala sementara apabila MACC mengumumkan mereka telah failkan permohonan untuk lucut hak ke atas 41 individu, kumpulan, dan entiti untuk mendapat balik wang yang didakwa dari 1MDB berjumlah RM270 juta yang diberi sebelum PRU13.

Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC saya, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari putera Arab termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta (iaitu lebih dari RM270 juta yang dituntut oleh SPRM) yang didepositkan dalam akaun saya pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi.
https://www.malaysiakini.com/news/474209

(Pegawai bank juga mengesahkan bahawa dana yang disebut sebagai RM2.6 bilion yang diterima pada bulan April 2013 sebelum PRU14 itu telah dihantar balik kepada penghantar beberapa bulan kemudian)

Saya diberi kebebasan penuh oleh Raja Saudi untuk mengendali dana ini.

Dan saya memilih menggunakannya untuk projek kebajikan rakyat secara terus, melalui NGO dan melalui parti politik yang menganjurkan program-program kebajikan mereka.

Dana itu bukan digunakan untuk peribadi atau keluarga saya.

Kalau kita semak senarai yang diberi oleh SPRM hari ini, dua dari 41 nama itu ialah syarikat Jakel Trading dan Jakel Trading Sdn Bhd.

Selama ini, media barat dan PH pernah tuduh bahawa syarikat Jakel adalah gedung pakaian mewah.

Mereka juga memfitnah bahawa saya dan isteri saya telah belanja sebanyak RM55 juta untuk membeli pakaian mewah dan kain mahal dari syarikat ini.

Tetapi kebenarannya ialah ini adalah bayaran kepada Jakel untuk membekal kain pelikat, jubah serta bekalan lain melalui NGO dan parti kepada lebih dari 7,000 masjid diseluruh negara sempena Ramadhan untuk beberapa tahun berturut-turut.

Tahun 2012: https://cms-th.s3.amazonaws.com/20+Julai+2012+Najib+Hadiah+Jubah+Kepada+Imam.pdf

Ini termasuk pemberian kepada 14,254 imam dan 138,746 ahli jawatankuasa 7,261 masjid di seluruh negara.
Tahun 2013: http://www.themalaysiantimes.com.my/pm-sumbang-air-zamzam-kurma-kepada-masjid-seluruh-negara/

Tahun 2014: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/06/22/sokongan-padu-najib

Ianya amat janggal bahawa syarikat Jakel pun didakwa menerima dana haram kerana mereka cuma membekal kepada parti UMNO dan NGO untuk program kebajikan.

Dana tidak disumbang kepada Jakel tetapi ianya adalah bayaran kepada mereka untuk pembelian.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa langkah MACC terbaru ini adalah bermotifkan politik untuk melemahkan parti pembangkang.

Setelah MACC siasat selama satu tahun, mereka tidak dapat mendakwa sebarang penerima dengan kes jenayah.

Oleh itu, kerajaan PH terpaksa menggunakan saman sivil.

Najib Razak

Post a Comment

3 Comments

  1. Dulu koya dan rakan2 pernah kata atok kaki rasuah dan salah guna kuasa. Kenapa tak siasat?
    Oh lupa...anjeng tak akan gigit tuan...hihihi

    Terowong ghaib dasar laut dan banglo tanpa kolam nobita bila nak siasat??
    Oh lupa..dlm kocek doraemon kes tersebut....hihihi

    ReplyDelete
  2. Benarkah atok perlukan umno, tapi umno tak perlu atok???? Tapi Atok jugak perlukan dap dan pkr versi azmin, dan tak lupa pan. Latefa koya taknak ke bukak kes atok di zaman perwaja, zaman forex, zaman port kelang???? Kat situ banyak juga peristiwa sedih buat bani melayu yang dinodai oleh bani mamak selama 22 tahun jadi pm ke 5.

    ReplyDelete