Dan Ya, Saya Kenal Nik Nazmi... Kata Maya Karin


Aktres jelita, Maya Karin mengaku mengenali Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, namun menafikan beliau mempunyai kaitan dengan kes perceraian ahli politik itu semalam.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut. Dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu daripada mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.

“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” kata Maya Karin memetik laporan Utusan Malaysia.

Heroin filem Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengaitkan beliau sebagai orang ketiga dalam perceraian Nik Nazmi dengan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim.

Maya Karin yang sering dikaitkan dengan ahli politik termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau tidak akan melenting kerana sudah lali dengan gosip seperti itu.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya sambil tertawa.

Semalam Nik Nazmi, 37, dilaporkan bercerai talak satu dengan Imaan, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

SH

Post a Comment

2 Comments