Kenapa Tiada Perundangan Khas Dakwa Pemilik Disco Haram ?

Seramai 78 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, premis terbabit didapati menyediakan pentas peragaan untuk wanita GRO bergaya ala model dengan melakukan catwalk sebelum dipilih lelaki hidung belang.

Bagaimanapun, kegiatan mereka ditumpaskan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, serbuan bermula jam 12.50 tengah malam itu berjaya menahan 72 wanita warga Thailand, Laos (5) dan China (1).

“Semua wanita warga asing yang ditahan berusia 19 hingga 38 tahun didapati bekerja di premis terbabit. Polis turut merampas peralatan audio, resit jualan serta wang tunai.

“Polis turut memeriksa 101 pelanggan pusat hiburan itu termasuk dua wanita bagi proses dokumentasi,” katanya.

Operasi berkenaan juga disertai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi.

Rusdi berkata, premis berkenaan dilengkapi dengan pentas dipercayai untuk peragaan GRO berkenaan sebelum dipilih pelanggan sebagai teman minum dengan bayaran tip tertentu.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan dan proses dokumentasi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen serta Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” katanya.

HM

Post a Comment

0 Comments