Tegasnya, KKM mengamalkan bukti berasaskan perubatan (evidence based medication).
Kami telah tegaskan betapa perlunya kita mengambil langkah mempertingkatkan kebersihan diri seperti cuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
Tetapi kalau ada yang hendak cadangkan selain daripada itu, anda boleh dengar sama ada nak ikut atau tidak, katanya pada sidang media perkembangan koronavirus di kementeriannya di sini hari ini.
Jumaat lalu, dalam Wacana Sinar Harian Siri 155 bertajuk:
Koronavirus: Adakah kita lambat bertindak?
Dr Noordin mencadangkan kepada sesiapa yang terkena jangkitan koronavirus agar meminum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.
Tambahnya, pada hari kedua pula pengambilan air itu perlu diteruskan tetapi dikurangkan kepada masing-masing lima gelas serta perlu mengambil banyak sayur hijau seperti kangkung.
Doktor itu turut menasihati agar kurangkan kekerapan mengambil daging, susu dan gula dalam usaha meningkatkan ketahanan badan.
SinarHarian
0 Comments