Covid19 Boleh Merebak Melalui Tapak Kasut


Laporan CDC terbaru menunjukkan novel coronavirus boleh tersebar melalui kasut.

Kajian yang telah dilakukan di sebuah hospital di Wuhan, China menunjukkan permukaan seperti lantai, tetikus komputer, tong sampah, penghadang katil, dan juga tombol pintu di ICU tercemar dengan COVID 19.

Mengejutkan, 100% kadar positif juga didapati pada lantai bilik farmasi yang sepatutnya bersih kerana tiada pesakit covid-19. Teori ianya merebak melalui kasut dibuktikan apabila 50% tapak kasut staf ICU juga di dapati positif. Ini menunjukkan kasut staf perubatan boleh menjadi punca kepada perebakan virus ini ke tempat lain.

Namun, kajian ini tidak dapat membuktikan samada virus yang dikesan itu adalah masih hidup atau mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia.

Walabagaimanapun, kajian ini menunjukkan bertapa pentingnya kita untuk terus mengamalkan sanitasi yang baik sewaktu diluar dan pulang ke rumah.

Staf kesihatan juga diingatkan agar menggunakan full PPE setiap kali mengendalikan pesakit COVID-19.

Public Health Malaysia

Post a Comment

0 Comments