Jangan Hanyut Dengan Keselesaan!


Yeay. Lepas ini boleh balik kampung beraya!

Dalam tempoh beberapa hari ini, kita mungkin dapat menarik nafas lega melihat statistik yang dibentang oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Kes sudah mula menunjukkan penurunan. Kepatuhan orang awam dalam tempoh PKP telah mula membuahkan hasil. 

Namun adakah ia petanda kita mampu mengibarkan bendera kemenangan dalam peperangan melawan Covid?

Tuan puan, dari kayangan, orang kenamaan sehingga ke rakyat marhean. 

Anda silap besar.

Walaupun kita berada dilandasan yang hadapan bagi 
✅ bilangan kes harian
✅ Kadar sembuh pesakit 
✅ Bilangaan ujian covid dilakukan

KITA masih lagi mempunyai cabaran yang besar kerana jiran jiran kita masih dalam zon merah.

Negara jiran Indonesia mencatatkan kes positive serta kematian tertinggi. Negara Singapura terkedu dengan kes yang tiba tiba menjulang. Begitu juga dengan negara Thailand dan Filipina.

Sempadan negara perlu kukuh bagi menampan kemasukan kes kes import dari negara jiran. Jangan biar bolos sehingga mensia-siakan usaha PKP selama ini

Doakan mereka agar mereka turut sama berjaya mengekang wabak ini. 

Perjalanan kita masih jauh.

Kita wajib menang, BERSAMA.

Public Health Malaysia

Post a Comment

0 Comments