Hari itu, PM ke-7 jawab wartawan bahawa dia tidak akan gunakan mahkamah untuk cabar keputusan dia dan geng dia disingkirkan dari parti PPBM kerana dia kata dia tak percaya mahkamah di bawah kerajaan PN.
Ini satu penipuan.
PM ke-7 tak boleh cabar keputusan itu di mahkamah kerana tingkah laku masa silam PM ke-4.
Itu baru betul.
Kenapa?
Kerana pada tahun 1987 semasa keputusan pemilihan parti dan jawatan presiden UMNO dia dicabar oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah, dia bubarkan parti UMNO.
Masa dia tubuhkan UMNO baru untuk ganti UMNO yang dia sendiri bubar, dia pinda Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan parti untuk elak dia dicabar dalam mahkamah sekali lagi.
Pindaan ini secara terang menyatakan keputusan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.
Jika bawa ke mahkamah maka keahlian parti dia akan dibatalkan secara otomatik seperti ditulis dalam undang-undang negara serta perlembagaan parti.
Perkara ini, PM ke-7 tak beritahu hari itu.
Kalau PM ke-7 nak salahkan sesiapa, salahkan saja PM ke-4.
Jangan beri alasan menipu bahawa dia tak percaya mahkamah.
0 Comments