Cara Daftar Premis Untuk Dapatkan Code MySejahtera


Kebanyakkan daripada peniaga, mereka ambil mudah dan memberi pelbagai alasan. Sebab apa, sebab belum terkini pada diri sendiri dan ahli keluarga mereka. Sepatutnya KKM dan Polis telah lama turun dan saman mana-mana kedai yang tiada kod mysejahtera ataupun buku catitan keluar masuk. 

Kepada premis yang belum ada dan mahu membuat kod bagi premis masing-masing, boleh cuba cara dibawah :

Ini perkara paling MUDAH dan PENTING untuk semua pemilik premis lakukan.

1. Daftarkan premis anda di link berikut 

2. Tunggu QR Code dihantar ke email anda

3. Cetak image QR dan tampal di pintu masuk premis anda.

Jika tidak diwajibkan dan dikuatkuasakan, memang bermacam alasan yang diberi. 

Untuk makluman, premis makan bagi Kluster Sivagangga langsung tidak mempunyai buku rekod dan tidak ada pendaftaran MySejahtera.

Pihak Pejabat Kesihatan sedang bertungkus lumus untuk menjejak pelanggan pelanggan yang singgah makan di kedai tersebut.

Pengumuman terkini oleh KKM telah menyatakan, SEMUA premis bakal diwajibkan untuk mendaftar MySejahtera atau tindakan bakal diambil menggunakan akta kawalan penyakit berjangkit.

Post a Comment

0 Comments