Mintak Habuan RM60 Juta?


Kalau nak mintak habuan, ini baru betul. Kalau kena, kena. Kalau tak kena, tunggu padang masyar. Confirm kena secara berjemaah beramai-ramai. 

Bagi rakyat marhaen, kerajaan kena telus baru dapat mentadbir negara dengan betul. Bagi politician, duit kena masyuk sebab banyak mulut nak kena suap. 

Malaysiakini | Bekas rakan perniagaan Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak) Rayyan Radzwill Abdullah mendakwa Mahdzir Khalid ketika menjadi menteri pendidikan mahu mendapatkan "habuan" RM60 juta daripada syarikat itu atas kelulusan projek solar hibrid untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Keterangan Radzwill, yang merupakan saksi pendakwaan ke-16, bertentangan dengan penafian Mahdzir ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah terhadap isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor sebelum ini.

Pada 11 Februari lalu, Mahdzir ketika pemeriksaan balas menafikan memberi lampu hijau kepada projek itu sebagai pertukaran kepada pembayaran RM1 juta setiap bulan selama lima tahun.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Rayyan mendakwa Mahdzir pada mulanya mahu mendapatkan "habuan" daripada Jepak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan projek.

Menurutnya, Mahdzir berbuat demikan melalui individu bernama Md Fuad Yassin yang didakwa menjadi proksinya.

Pada 5 November 2108, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan mencari Fuad untuk membantu siasatan bagi kes melibatkan pembekalan diesel dan pemasangan panel solar di 369 sekolah di Sarawak.

Post a Comment

0 Comments