Guan Eng boleh saman, kata SPRM
AGENSI antirasuah menangkis dakwaan Lim Guan Eng bahawa badan itu bertindak pilih kasih ketika menahan bekas menteri kewangan tersebut untuk siasatan kes rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menjelaskan, prosedur sama digunakan dalam penahanan semua individu.
“Tidak timbul isu pilih kasih di sini, semua tidur di lokap yang sama dan tidak timbul isu ‘bernasib baik’ bagi sesiapapun.
“Jika ada mana-mana pihak yang rasa tidak puas hati, saya persilakan buat aduan atau bawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
0 Comments