Guan Eng VS Boss The Star - Kerana 19 Juta..


Ada cerita lucu di sebalik gambar Guan Eng dengan ahli perniagaan yang telah didakwa dalam mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta untuk cubaan tutup siasatan SPRM ke atas projek terowong.

Cerita ini juga satu lagi contoh cara Guan Eng dan DAP menipu rakyat dan penyokong mereka.

Setelah SPRM tangkap ahli perniagaan tersebut, gambar Guan Eng dengan suspek menjadi viral. Rakyat pun mula tanya Guan Eng.

"Is the photo real, BN man asks Guan Eng"
https://www.malaysiakini.com/news/415165

Lalu Guan Eng kata dia tak kenal dan tak rapat dengan suspek kerana sebagai Ketua Menteri, dia banyak berjumpa dan bergambar dengan pelbagai orang.

"“As a public figure, the Penang chief minister has taken many photographs with many personalities, and cannot recall how many times or where each and every photograph was taken." kata DAP.

"'Not buddies': Penang CM’s office slams viral photo smear attempt"
https://www.malaysiakini.com/news/415219

Selepas dia nafi, Guan Eng pun buat sidang media beberapa hari kemudian. Dia tunjuk gambar suspek dengan boss media "The Star" dan mendakwa suspek itu juga rapat dengan "media BN".

"Guan Eng strikes back with photo of suspect with top editor"
https://www.malaysiakini.com/news/415651

Boss The Star pun jawab bahawa gambar yang ditunjuk Guan Eng itu diambil di satu majlis awam di mana boss The Star bergambar dengan beberapa orang lain termasuk suspek tersebut. Ia langsung tak sama dengan gambar Guan Eng dengan suspek sahaja di rumah suspek.

Boss The Star kata dia pakai kasut dalam gambar ditunjuk Guan Eng manakala Guan Eng tak berkasut dalam rumah suspek.

"Star boss: I was wearing shoes in the photo"
https://www.malaysiakini.com/news/415655

Lepas itu, satu lagi gambar Guan Eng mesra dengan suspek tersebut di dalam kereta pemilik syarikat terowong turut tersebar walaupun pada mulanya Guan Eng nafi dia tak kenal dan tak rapat dengan suspek tersebut.

Apabila media tanya Guan Eng tentang jawapan boss The Star serta gambar baru yang tersebar, Guan Eng enggan komen lagi.

Dan apabila Rakyat tanya DAP kenapa mereka sanggup bayar cash RM19 juta untuk cubaan tutup siasatan SPRM atas skandal terowong jika tiada unsur rasuah, seluruh barisan pemimpin DAP membisu.

Post a Comment

0 Comments