Seorang yang langgar arahan kuarantin di rumah setelah pulang dari luar negara pada 13 Julai.
230 orang perlu dikesan dan disaring.
- 20 orang telah dipasti positif dan dihantar ke hospital termasuk dua murid sekolah rendah.
- 13 individu masih tunggu keputusan.
Lima sekolah Kedah diarahkan tutup sebulan.
Semua premis terlibat termasuk sekolah, tempat perniagaan dan rumah perlu dijalankan proses aktiviti pembersihan dan nyahkuman.
Aktiviti pengesanan aktif kontak rapat masih berjalan.
Ini hanya kerana seorang sahaja yang langgar arahan kuarantin wajib di rumah.
Sebab itu, ianya satu kesilapan untuk membenarkan kuarantin di rumah untuk mereka yang tiba dari luar negara - terutamanya dari negara-negara zon merah Covid seperti dalam kes ini.
Kesilapan ini tidak patut diulangi.
0 Comments