Perihal Duit RM42 Juta Dicuri Najib, Najib Cuba Tegakkan Benang.


Najib : Semasa menjatuhkan humuman, hakim mengesahkan bahawa saya pernah beberapa kali meminta BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaun bank atas nama saya.

Namun, hakim kata pendapat dia ialah saya tidak akan hirau amaran jikapun BNM atau Ambank pernah memberi amaran pada saya apabila berlaku transaksi yang tidak betul, sebab saya PM dan Menteri Kewangan masa itu.

(Sepanjang masa akaun bank saya dibuka, BNM atau Ambank tak pernah sekalipun mengeluarkan sebarang amaran kepada saya)

BANkami : Diatas najib dilihat cuba menyatakan yang dia seolah tidak tahu kesalahan yang dibuat dan meletakkan kesalahan kepada pegawai bank yang tidak memberi amaran. Pada situasi normal, ia dilihat sedikit janggal dengan jawapan najib. BNM @ Ambank tidak mengeluarkan amaran. Sebelum transaksi besar berlaku semestinya berlaku perbincangan antara 2 pihak dan secara logiknya sudah tentu ada pro n cons yang sudah dinyatakan. Dan kerana Najib ketika itu PM malaysia, semestinya BNM @ Ambank tidak mengeluarkan amaran demi menjaga status najib. Dan sebagai PM, sepatutnya najib sendiri sedar dan tahu kesalahan yang dibuat. Mustahil, najib yang begitu hebat mengulas berita kewangan dan ekonomi tidak tahu kesalahan melibatkan money laundry.

Najib : Tidak dijelaskan juga kenapa saya perlu gunakan akaun atas nama saya sendiri jika saya mahu mencuri wang sedangkan akaun itu sentiasa dipantau oleh berpuluh pegawai dari BNM dan Ambank.

(Kalau benar-benar nak curi wang, ianya lebih senang untuk meluluskan kos laporan kebolehlaksanaan RM305 juta kepada kroni. Kenapa pula mahu tinggalkan rekod transaksi bank dari akaun bank syarikat milik kerajaan terus kepada akaun bank atas nama saya?)

Turut tidak dijelaskan ialah kenapa saya perlu tunggu 4 tahun untuk kononnya mencuri RM42 juta iaitu 1% daripada jumlah dana RM4 bilion yang diluluskan kepada SRC.

BANkami : Mungkin najib lupa yang mana peguamnya pernah menyatakan najib mangsa scam, dan berita itu dikeluarkan oleh berita harian sendiri. 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/696267/najib-mangsa-scam

Najib menjadi mangsa scam antara jho low dengan beberapa pegawai bank yang terlibat. Yang menjadi sedikit pelik, kenapa pegawai bank yang terlibat termasuk jho low tidak difailkan oleh najib serta peguamnya kerana telah melakukan scam terbesar terhadap najib yang ketika itu PM malaysia. Dan semestinya jawapan "tidak menyedari" menimbulkan berpuluh keraguan terhadap pendakwa. 

"Kos laporan kebolehlaksanaan projek kepada kroni" - Secara tak langsung najib telah memberi hint kepada sprm untuk menyiasat segala dokumen kerajaan yang membabitkan kos perlaksanaan projek yang meragukan. Dan secara sedar, najib memberi hint bagaimana duit kerajaan boleh diberikan kepada kroni secara lebih mudah. Perkara ini sebenarnya sudah lama diketahui oleh rakyat, cuma rakyat tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketika itu BN berkuasa penuh. 

Isu SRC telah terbukti peguambela najib gagal membelanya di mahkamah. Hukuman juga telah dijatuhkan. Dimata rakyat ia jelas berlaku ketirisan kewangan. Sekiranya najib mahu membuktikan dirinya adalah mangsa scammer, buktikan dengan mengheret semua pegawai yang terlibat ke muka pengadilan. Dimana mereka terlibat dalam konspirasi money laundry menggunakan akaun peribadi milik perdana menteri tanpa diketahui perdana menteri. Simple.

Post a Comment

0 Comments