Rakyat Marah, FB KKM Diserang Teruk!

Covid-19 dikesan di negara kita pada Januari 2020.  Pada 16 Mac 2020, setelah wabak ini merebak melalui kluster Tabligh, kerajaan memperkenalkan PKP.  PKP ini dilanjutkan setiap dua minggu sekali sehingga 12 Mei 2020.  Rakyat susah, tetapi tidak merungut.

Pada Raya Puasa Mei 2020, rakyat dilarang merentas negeri.  Rakyat sedih, tetapi tidak marah kerana faham kesungguhan kerajaan untuk menangani gejala ini.

Antara bulan Mac hingga Ogos 2020, pasukan keselamatan tegas mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar SOP, tetapi rakyat tidak marah.  Ketika itu, tidak ada amalan dua darjat, kluster menteri dan kluster kayangan. 

Namun, selepas PRN Sabah pada September 2020, rakyat mula merungut. Rakyat menilai gejala ini berlaku kerana manusia politik tamak kuasa. 

Pada 12 Januari 2021, kerajaan mengisytiharkan darurat untuk menangani penularan jangkitan Covid.  Maka, rakyat bertanya, sejak darurat diisytiharkan, berjayakah kerajaan mengawal pandemik Covid ini?  

Data menunjukkan tidak berjaya‬ dan inilah yang menyebabkan rakyat marah.

  1. Pada 12 Januari 2021 semasa darurat diisytiharkan, bilangan kes positif Covid ialah 141,533 dengan 559 kematian.  Pada 1 Mei 2021, jangkitan ini meningkat kepada 411,594 dengan 1,521 kematian.
  2. Kadar vaksinasi lembab. Setakat hari ini 9,424,263 orang sudah mendaftar untuk mendapat vaksin, dan yang sudah divaksin cuma 880,771.‬
  3. Pengangguran bertambah‬. Pekerja yang hilang pekerjaan sejak Covid adalah seramai 125.1 ribu orang dan penganggur adalah seramai 777.5 ribu orang.
  4. Kerajaan tidak mempunyai polisi yang jelas. Banyak yang diuruskan sekarang adalah secara ad hoc.
  5. Peluang pekerjaan terbatas‬.
  6. Ekonomi suram.
  7. Pelaburan asing merudum, malah yang sedia adapun berpindah keluar.‬
  8. Menteri dan timbalan menteri ramai, tetapi rakyat menilai mereka sebagai tidak begitu berfungsi.  Ini membazirkan wang negara yang boleh dialihkan untuk kegunaan lain. 
  9. Parlimen digantung untuk elak akauntabiliti dan buat Ordinan yang tidak mesra rakyat.

Selain itu, rakyat juga kecewa, tertekan dan marah kerana tiga faktor ini.
  1. Harga barang mahal 
  2. Amalan dua darjat
  3. SOP kelam kabut. 

Kembali kepada balik Raya dan larangan rentas negeri, jika itu keputusan kerajaan, rakyat faham. Tetapi dengan syarat, jangan ada amalan dua darjat dan pelaksanaan SOP yang tidak adil.  Sekarang ini, rakyat tidak selesa.

Post a Comment

6 Comments

  1. JANGAN ADA 2 DARJAT!!!
    Itu yg buat rakyat kecewa dan marah.
    Belum lagi proses vaksinasi yg sangat lembab. Paling teruk di kalangan negara jiran. Wang utk vaksin diumum tapi tahap vaksinasi sangat lembab.Belum lagi bab ekonomi dan komoditi utk rakyat yg makin meningkat. Menteri jer ramai tapi mcm makan gaji buta.
    Vaksinasi? Menteri yg bertanggungjwb penuh yakin membela diri. Macam ini sikap dan mentaliti manusia yg bercita2 tinggi nak jadi pm?
    Ditanya dan ditegur lalu koyak. Hati tisu. Hanya hebat berhujah.

    Apalah nasib negara kita. Kerajaan yg ada dikatakan sibuk pertahan kuasa.
    Jika ada kelemahan, belajar dan bertanya usaha negara jiran melakukan kerja mereka. Buat kerja dgn ikhlas demi rakyat.

    ReplyDelete
  2. bankamiblog ni antara blog yg tidak bertanggungjawab...kamu seolah2 suka dgn kkm yg diserang...moga Allah swtmenguji kamu dan keluarga kamu dgn keadaan kesihatan yg memerlukan kkm utk meraway kau dan keluarga

    ReplyDelete
  3. Ini semua fitnah DAP! PHuiii....

    ReplyDelete
  4. Dulu ada mangkuk kata rakyat kurang mendaftar utk vaksin. Sekali buka vaksin aztrazeneca....sold out!
    Tak perlu daftar online lah...mcm2 alasan. Jgn ingat semua org bodo mcm ko. Jangan gadai kebajikan dan kesihatan rakyat demi politik.

    ReplyDelete
  5. Kadar vaksinasi negara memang lembab....mangkuk tak nak ngaku.
    Dulu pernah bagi alasan rakyat tak isi maklumat dgn lengkap dlm mysejahtera. Ingat rakyat bodo ker...tak lengkap tak akan dpt di submit lah..BANGANG!!!!
    Mangkuk yg konon bijak spin mcm bangang sorg nie jangan sesekali letak sebagai pemimpin.
    Jangan gadai diri dan masa depan dgn mangkuk bangang mcm sekor nie!!!!

    ReplyDelete
  6. Masih juga mangkuk tu tak nak mengaku yg peratusan kadar vaksinasi negara adalah yg paling rendah di kalangan negara jiran.
    Kemudian mengaku supply kurang pulak. 2x5...
    Bertindaklah lebih efisien dan jangan banyak sangat putar alam. Rakyat memerhati.
    Spin golongan ahli politik yg mgkin akan jadi kaki kencing yg hebat suatu hari nanti.

    ReplyDelete