MP Akan Hadir Sekolah Parlimen? Hahahahaha

Bekas perdana menteri Najib Razak, menyifatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat bermula 26 Julai ini sebagai sesi “murid dan guru” dan bukan sidang Parlimen kerana tidak ada perbahasan atau pembentangan usul.

Beliau berkata Ahli Parlimen hanya dibenarkan mengemukakan soalan semasa taklimat menteri.

“Ia, pertama kali dalam sejarah dunia di mana sidang Parlimen tidak ada sebarang usul atau perbahasan. Cuma dengar taklimat. Jika ada soalan, boleh tanya. Macam murid tanya cikgu dalam sekolah.

“Jangan panggil “sidang” Parlimen jika begini..murid-murid sebenarnya ‘bersidang’ di sekolah tiap-tiap hari, bukan pergi kelas,” katanya di Facebook.

Najib mengulas kenyataan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon, bahawa Ahli Parlimen dibenarkan mengemukakan pertanyaan walaupun tiada perbahasan.

“Pada persidangan ini tiada sebarang usul jadi tiada sebarang perbahasan, namun saya kira jika ada cadangan atau pertanyaan boleh kemuka pada sesi soal jawab, itu juga dikira perbahasan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rashid berkata semua Ahli Parlimen boleh kemukakan usul dan ia terpulang kepada Speaker iaitu Azhar Azizan Harun mahu menerima atau tidak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, tindakan Kerajaan PN yang menjadikan sidang khas Parlimen ini berbentuk “ceramah” adalah mengingkari titah dan tujuan asal Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak pernah hadir sidang Parlimen (termasuk Sidang Khas Parlimen) yang tidak memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk menyertai perbahasan ataupun membentangkan usul dalam sidang Parlimen.

Post a Comment

3 Comments

  1. usah risau persidangan parlimen kali ni bukan macam zaman ph dulu saban hari bidang pasal imdb dan orang tu macam tak ada masalah yang lebih besar patut diutamakan, alhamdulillah juga covid tak berlaku pada zaman tu

    ReplyDelete
  2. Dalam keadaan rakyat bersedih, ketakutan, hilang pekerjaan, hilang pendapatan tapi menteri mangkuk kongsi gambar masak rendang raya pulak. Ini jenis manusia tak sedar situasi semasa rakyat. Tak sedar ttg kesedihan rakyat. Memang babi!!!!!
    Memang tak faham situasi ada ramai dikuarantin tak merasa rendang raya dan ramai yg terkorban. Angka korban antara yg tertinggi berbanding perkapita rakyat.
    Bodoh!!!!
    Cubalah sensitif sikit!!!!
    Aku yang mampu makan rendang tak sampai hati nak post dlm sosmed kerana ada antara kita rakyat dalam kesempitan, kesedihan, ketakutan dan merana.
    Hanya doa jer yg mampu memberi kekuatan dalam keadaan dikurung pkp sekarang.
    Sensitiflah sikit....BANGANG!!!!

    Sama dgn menteri2 mangkuk yg makan maggi seolah2 satu sindiran dlm keadaan kesempitan rakyat menghadapi pandemik.
    Makan maggi dengan jam yang nilainya mampu membeli sebuah rumah banglo.
    Tak sensitif langsung..
    Sah korang bangang!!!!

    ReplyDelete
  3. diharapkan tiada ada dikalangan rakyat malaysia yang berfikiran untuk mengatasi pendemik covid yang melanda seluroh dunia dan khasnya dimalaysia sehingga mengakibat berbagai masalah ekonomi rakyat dan juga ekonomi malaysia yang sudah hampir musnah akibat dari tangan2 pemerentahan dahulu( damaged had been done) adalah semudah seperti memakan keropok goreng atau membuat chay kueh teow, bersama2lah kita tolong menolong antara satu sama lain, mematuhi sop, kita jaga kita dan bervaksinlah jika telah sampai giliran dan banyak2lah berdoa meminta pertolongan allah

    ReplyDelete