So, Politik Tamat?

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memaklumkan gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan, PH berkata memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertingginya dengan Ismail pada 25 Ogos lalu

"Secara dasarnya, Pakatan Harapan cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan.

"Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik Covid-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita," katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

PH berkata pertemuan turut diadakan semalam di antara wakil PH dan wakil perdana menteri.

Wakil Perdana Menteri terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala wakil PH terdiri daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

 "Pertemuan semalam telah membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19.

"Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola kerajaan turut dibincangkan," katanya.

Suntikan fiskal tambahan RM45b

Majlis Presiden PH juga menyatakan pendirian bahawa suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dilakukan kepada dana Covid-19 untuk menangani pandemik ini.

Selain itu, gabungan itu turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu disertakan di dalam memorandum dengan pihak kerajaan.

Semalam, Ismail mengumumkan mesyuarat kabinet bersetuju untuk melaksanakan tujuh pembaharuan parlimen dan pentadbiran.

Tujuh pembaharuan tersebut adalah:

  1. Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
  2. Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
  3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
  4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
  5. Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
  6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
  7. Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

Malaysiakini

Post a Comment

2 Comments

  1. TAHNIAH pm9 yg dpt membawa pendekatan baru bersama pembangkang demi rakyat dan negara.

    Kesilapan pm8 dan konco2nya adalah terlalu ingin berkuasa dgn menggantungkan parlimen atas alasan darurat kesihatan.
    Buat apa sahaja tanpa perbahasan dan tegusan oleh wakil rakyat?
    Kalau dari dulu pm8 dan jemin jujur melakukan yg terbaik utk rakyat rasanya perkara hilang kepercayaan tidak akan berlaku.
    Kegilaan mengikut idea saka tua dgn menghapuskan lawan dgn pertuduhan mahkamah yg terpilih dan berat sebelah mengundang kebencian rakyat.
    Apalagi dengan kes kematian yg tinggi akibat pandemik serta program vaksinasi yg lembab merisaukan rakyat. Belum lagi ekonomi rakyat yg terjejas.

    Pm8 perlu bersyukur dan bermuhasabahkan diri dgn hikmah atas apa yg berlaku. Mgkin sampai sekarang pihak pembangkang, rakan dalam pn malah rakyat tidak akan setenang sekarang jika dia masih memegang jawatan pm8.

    Sama kes apa yg berlaku ketika pm4 menyerahkan jawatan kpd pm5. Keadaan yg serabut ketika itu kembali tenang selepas paklah memegang jawatan pm5.
    Cuma pm4 menyerang pm5 setelah projek jambatan bengkok kroni dia dibatalkan.

    Dulu pm4 juga menyerang pm6 setelah kemahuannya tidak ditunaikan. Diberi lebih rm200juta utk r&d projek kereta elektrik tapi duit hangus begitu sahaja. Ditolak permohonan rm3billion utk proton maka serangan pm4 dan anaknya ke atas pm6 berterusan sehingga sekarang. Gila meroyan manusia dgn wang ringgit sampai ke usia senja.....hmmmmmm.

    Semoga pru15 nanti tiada lagi manusia gila politik utk kepentingan peribadi dan anak2.
    Rakyat bukan tak tahu siapa pm malaysia yg gila nak berkuasa demi legasinya yg dah kaya giler....

    Sanggup buat apa sahaja hatta fitnah dan mengadu domba dah jadi santapan harian asal cita2 tercapai. Gila punya manusia...

    Selama ini gila kuasa, rasuah dan salahguna kuasa demi anak, proksi dan kroni tak cukup lagi ker?!
    Adakah kekayaan melampau hasil fitnah, rasuah, salahguna kuasa mampu melapangkan lubang kubur?!!!!

    Manusia...manusia.

    Semoga negara ini tidak dikuasai lagi oleh manusia sebegitu.
    Semoga negara dan rakyat dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas dan tidak berhati yahudi.

    Terima kasih ydp agong atas titah agar jangan ada mangkuk ayun yg masih gila dgn agenda legasi dan peribadi. Utamakan negara dan rakyat!!!!!!!!!!!

    Daulat Tuanku!!!!!!

    ReplyDelete
  2. syabas panjang komennya, apa yang tersirat dan apa yang tersurat dan apa yang hendak disampaikan atau diberitahu adalah kembali kapada al-quran dan sunnah, itulah fitrah hidup asal tujuannya

    ReplyDelete