Upgrade Pejabat Menteri RM 1Juta, Baikpulih Rumah Marhaen Agaknya Berapa Ribu Sebiji?

Katalah, baikpulih rumah B40 dengan kos 20ribu sebuah. Agaknya dengan sejuta tu, berapa biji rumah dapat dibaiki? 

Lebih RM1 juta dibelanjakan kerajaan untuk mengubah suai dan membeli perabot baru untuk pejabat kegunaan empat menteri dan timbalan menteri pada 2020 serta 2021.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan dua menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) masing-masing yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang serta Sabah-Sarawak, selain timbalan mereka.

Kata Ismail Sabri kerja-kerja ubah suai serta penggangtian perabot lama sepanjang tempoh dua tahun itu dijalankan mengikut ketetapan dan kelayakan berdasarkan garis panduan serta peraturan Unit Perancang Ekonomi JPM.

Untuk pejabat menteri dan timbalan menteri bagi gal ehwal Sabah- Sarawak, kata Ismail Sabri, sebanyak RM145,977 dibelanjakan bagi tujuan pengubahsuaian, manakala RM254,733 lagi bagi membeli perabot baru.

ADS
"Tender itu dilaksanakan syarikat Sega Elektrik Sdn Bhd," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian sebagai menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut) yang meminta perincian menteri dan timbalan menteri yang menjalankan kerja pengubahsuaian pejabat mereka sepanjang 2020 dan 2021.

Yeoh juga meminta perdana menteri menyatakan kos pembelian perabot baru serta nama pihak atau syarikat yang mendapat tawaran kerja tersebut.

Kata Ismail Sabri bagi pejabat menteri di JPM yang mengelolakan hal ehwal parlimen serta undang-undang) RM380,000 dibelanjakan bagi mengubah suai pejabat manakala RM90,000 lagi sebagai membiayai kos menukar perabot.

Syarikat yang diberikan tugas itu ialah Puncak Interaktif Sdn Bhd.

Untuk pejabat timbalan menteri bagi hal ehwal parlimen dan undang-undang pula, Ismail Sabri menyatakan sebanyak RM192,870 dan RM10,000 dibelanjakan masing-masing untuk kerja ubah suai dan menukar perabot.

Tugas itu dilaksanakan syarikat Kerayong Indah Enterprise.

Jumlah keseluruhan bagi semua kerja-kerja itu ialah sebanyak RM1,073,580.

Untuk rekod jawatan menteri di JPM bagi hal ehwal parlimen serta undang-undang disandang mendiang Liew Vui Keong semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Selepas gabungan itu dijatuhkan jawatan tersebut diisi oleh Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, sebelum diganti Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong).

Bagi portfolio Sabah dan Sarawak, ia disandang Ahli Parlimen Kota Marudu, Maximus Ongkili. Timbalannya pula ialah Hanifah Hajar Taib (Mukah).

Malaysiakini

Post a Comment

2 Comments

  1. Malang sungguh....

    ReplyDelete
  2. Ko jgn kutuk lebih2 admin. Skrg kera jaan melayu isley. Ni suma dah takdir.

    Xkan ko nak ph perintah?? Tgk bape bgus pAs dlm kera jaan skrg.

    Kilang arak tutup
    Kes arwah adib disiasat habis
    Hudud dilaksanakan
    Ruu355 dilaksanakan
    Judi cabutan bertuah makin menurun. Dr 22 dah jd 8 je.
    Kedai judi makin byk tutup
    Nikah blh main online je
    Bmf makin meriah
    Semayang dlm air
    Balak jerai hanyut smpi depan umah
    Solat jeling camera

    ReplyDelete