Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap - Mana Pahlawan Perasuah PAS, Bersatu? Diam Membisu?

Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa Yayasan Akalbudi tidak memiliki sebarang kereta dan motosikal mewah, walaupun dananya digunakan untuk membayar polisi insurans kenderaan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata, pemilik kenderaan tersebut adalah Ahmad Zahid Hamidi, isterinya Hamidah Khamis dan bekas pembantu, Juhari Janan.

Tambahnya, dana berjumlah RM107,509.55 daripada yayasan Zahid digunakan untuk membayar polisi insurans kenderaan.

“Jejak wang polisi insurans kenderaan masih utuh dan telah disahkan bahawa penjualan dan pembelian dibuat menggunakan cek Yayasan Akalbudi.

“Tidak ada (antara kenderaan berkenaan) yang berdaftar bawah Yayasan Akalbudi,” kata Rozela.

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa Zahid dan Hamidah memiliki lebih 20 kereta dan motosikal mewah merangkumi jenis Mercedes Benz, BMW, Audi, Chrysler, Harley Davidson dan Ducati.

Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa menjadi Menteri Dalam Negeri.

Dua belas tuduhan membabitkan CBT, lapan rasuah dan baki 27 lagi untuk pengubahan wang haram.

Rozela berkata, Zahid juga memiliki lima kad kredit Ambank dan Maybank, dan dana Yayasan Akalbudi digunakan untuk melunaskan bayarannya.

Sebanyak RM1.3 juta dicaj kepada kad kredit Zahid antara 2014 dan 2016. Kad-kad itu digunakan di pelbagai kedai berjenama di sini dan di luar negara.

“Apabila dilihat penyata kad-kad berkenaan, kita dapat lihat tabiat perbelanjaan tertuduh (Zahid) dan isterinya.

“Ini bukan isunya dalam kes kami, tetapi kami tertanya-tanya: Ketika mereka berbelanja besar di Armani, Louis Vuitton and Hermes, adakah mereka fikir tentang rakyat, terutamanya golongan miskin di Bagan Datuk?” soal Rozela, merujuk kepada kawasan Parlimen diwakili Zahid.

Perbicaraan diteruskan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah esok.

Post a Comment

5 Comments

  1. ini tiada mengena dengan pas, ini kes mahkamah, ada dua mahkamah yang akan dilalui, terpulang mahkamah mana yang hendak didahuluinya dahulu terpulang yang punya badan, jangan tanya nafsu tanya hati(iman)

    ReplyDelete
  2. Ahmad maslan sm kunan blh lps apa..

    Xde plk dgr suara pejuang melayu, pejuang agama, pejuang rasuah..

    Bayangkan kalo yg jd zahid tu bernama lim guan eng, mesti pupus rumput kat padang merbuk...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guan eng pun dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah waktu kes sdg dibicarakan hingga SPRM terkejut. Malah sebaik PH menang ramai lagi pemimpin² dan pecacai² mereka dibebaskan oleh mahkamah

      Delete
    2. Tapi kan..apsal lebai pas paling ramai kalah kes saman fitnah??

      Kes lebai dusuki fitnah tabung haji pun smpi skrg walaun duk caya lg kencing berak lebai..

      Delete
  3. Kes Audio krisis Melaka: Siapa intip, bocorkan rakaman perbualan? Berbaloi kah fitnah jijik nih..!?

    kah kah kah.... setakat rakam audio ni renti kan lah... setakat rakam audio apa ader hal bro Bodin ooii... ada Video pun bole kata 'blur' sama tapi tak serupa.. bingai..! sama macam kes CCTV dan DNA brus towel botol mineral suma bangang bingai.. sbb nya mudah tu musuh memasing kan..!!

    Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

    Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka selepas Idris dan tiga lagi Adun menarik sokongan menjatuhkan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali minggu lalu.

    Link "muka mirip mirip pendakwah" pulak tersebar. Dulu muka "kabur" sekarang "mirip" pulak... esok lusa mungkin 'nyaris' si polan pulak pas tu 'macam si polan tapi tak sama' lepas tu 'hampir hampir sama tapi tidak hampir' macam tu lah kesudahan nya sampai Abg Jamil mampos.. oops itu filem Madu 3.. kikiki

    https://www.rotikaya.com/video-aksi-tak-senonoh-atas-katil-lelaki-mirip-ebit-lew-tersebar/

    Bagi yang biasa mendengar suara Idris dan Ismail, baik secara perbualan biasa atau melalui televisyen, pasti tidak sukar mengenalpasti bahawa audio itu adalah melibatkan kedua-dua mereka.

    Bodin ohh Bodin... stakat audio tak laku dahhh... ada video pun kabur la, besi la... video tag line "Allah sayanggg" stakat tunjuk burung punai pun nak kata superimpose teknologi tinggi jugak kerr.... alahai dengar tagline 'allah sayangg semua' hati memasing cair balik.. macam berak cair semua tak baik buruk sangka..puiii...!!

    Itu pun ada walaun kata tekonlogi tinggi pala punai dier la weeeiii...!!

    Orang miskin bodo bangang jer yg suka terkinja kinja...!! Orang ternama orang kayangan buat fitnah jijik itu fitnah jijik ini dan orang kaya raya dan ikon ikon tersohor bila kena suma buat buat bodo bangang jadi bisu sambil senyum tepok tangan..!! mcm jilake suma.!!

    ReplyDelete