Selamat Pengantin Baru.. Najib Razak? Serius?


Gambar ni dah banyak tersebar di socmed. Najib pun berduit, tak jadi masalah kalau dia nak berkahwin pun. Kalau dah jodoh kan. 

Malaysiakini | Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ucapan itu dibuat dalam komen di Facebook Najib yang memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita (atas), yang mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan  Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Rosmah Mansor. 

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan  Nooryana Najwa.

Post a Comment

1 Comments