Boleh Cetus Perang Agama!


 

Golongan liberal akan cuba membuat provokasi dengan harapan segala ajaran islam menjadi lebih liberal terhadap fashion, menjadi liberal terhadap semua perkara berkaitan wanita dan menjadi liberal seperti ajaran agama lain. Hakikat asal, semua agama tidak mengajar penganutnya menjadi liberal. 

Situasi getir geopolitik dunia yang dilihat meruncing dan tidak dilihat ada petanda ke arah positif malah mungkin berlanjut lebih teruk dan tidak mustahil cetusan perang antara agama mungkin berlaku. Lihat sahaja situasi getir antara agama di india, di palestin dan beberapa negara lain. Cetusan antara agama akan mewujudkan pelbagai kelompok yang boleh mencetuskan perang besar antara agama. 

Situasi liberalisasi di malaysia dilihat semakin menjadi-jadi dan tiada peruntukan undang khas yang mampu menyekat golongan liberal. Ini kerana terdapat golongan profesional liberal yang terlibat pada peringkat tertinggi. Sekiranya perkara ini tidak dibendung melalui perundangan yang tegas, tidak mustahil malaysia juga akan tercetusnya pergaduhan/peperangan antara kelompok agama dengan golongan liberal.

So, kalau hanya kenakan denda dan mereka ini terlepas bebas. Apakah jaminan tidak akan tercetusnya lagi provokasi lain daripada golongan liberal seperti ini?


Post a Comment

0 Comments