Mungkin Kita Kena Kempen ’Naikkan Harga’. Baru Okey Kan? 🤣🤣




Tindakan tegas akan diambil terhadap peserta 'flashmob' yang membantah kenaikan harga barang dan gagal mematuhi undang-undang, kata Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani.

Flashmob anjuran Amanah itu dijadual berlangsung jam 5.15 petang hari ini di kawasan parlimen seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Acryl Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri sebarang flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM terhadap mana-mana penganjur flashmob, perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang.

“PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.

“Pada masa sama, masyakarat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Pemimpin Amanah sebelum ini mengadakan protes di luar masjid Kampung Baru pada 1 Julai lalu bagi menuntut kerajaan mengembalikan subsidi makanan, memansuhkan permit import makanan dan menggesa isu kenaikan harga barang dibangkitkan pada sidang parlimen akan datang.

Pengerusi Biro Mobilisasi Amanah, Sany Hamzan memberi tempoh kepada kerajaan sehingga hari ini (16 Julai) untuk memenuhi tuntutan mereka dan menegaskan perhimpunan lebih besar akan diadakan jika tiada tindakan diambil.

Sebuah video rakaman kenyataan Presiden Amanah, Mohammad Sabu yang mengumumkan penganjuran flashmob itu juga tular di media sosial.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments