Ticker

6/recent/ticker-posts

Wak Zahid! Jangan Lari - (LCS) Tiada Satu Kapal Siap Tapi RM6 Billion Sudah Dibayar!!



Bekas timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS).

Zahid jangan cuba nak lari daripada tanggungjawab. Projek LCS telah diluluskan olehnya selaku menteri pertahanan pada tahun 2011.

Zahid juga yang membuat keputusan untuk menukarkan sistem LCS daripada sistem Sigma (kelas Sigma) kepada sistem Gowind (reka bentuk kelas Gowind) sebelum berunding dan minta nasihat pihak Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM).

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata adalah tidak wajar untuk menyandarkan kegagalan perolehan LCS kepadanya kerana mendakwa dia bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan.

Justeru, presiden Umno itu berkata mereka yang terlibat dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Saya memegang jawatan sebagai menteri pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC. (Ia bagi) menyokong penuh pendedahan kelewatan ini," kata Zahid.
Zahid juga menjelaskan kapal-kapal itu sedang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang mana pemegang saham terbesarnya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya.

Sebagai rekod, perolehan enam kapal tempur LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 berikutan permintaan yang dibuat TLDM.

Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd secara terus tanpa tender terbuka. Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013, dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan.


Pandangan Panglima TLDM tak diendah

Sementara itu, Chin Tong mendakwa Zahid perlu memikul tanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS yang berlaku.

"Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari," katanya.

Pada 4 Ogos, Pengerusi PAC Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan jawatankuasa itu, yang meneliti pengendalian projek LCS.

Laporan itu mendedahkan walaupun tiada satu pun kapal yang siap, Putrajaya sudah membayar RM6 bilion.

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019 tetapi hanya 44 peratus siap, menurut laporan PAC.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima TLDM tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead.

Post a Comment

0 Comments