Cinta PAS UMNO Kembali Bertaut... Bersatu?

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, semalam memberi bayangan bahawa PAS akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) tidak lama lagi.

Sumber yang dihubungi Malaysiakini memaklumkan, itu adalah antara isi taklimat yang disampaikan Ahmad Zahid dalam perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) petang tadi.

Pertemuan yang jelas dibuat di ambang pembubaran parlimen itu turut dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Kata sumber terbabit, Ahmad Zahid memberi gambaran mengenai langkah terbaru PAS itu melalui ucapannya.

"Presiden bagi gambaran bahawa PAS akan bersama BN dalam PRU ke-15. Itu antara inti pati yang kami hadam.

"Ada kemungkinan besar PAS akan bersama kami," katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Umno mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari 191 bahagian Umno di Dewan Tun Hussein Onn, WTC KL.

Ahmad Zahid dalam sidang medianya selepas pertemuan itu antara lain menegaskan PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan PN jika mahu terus bekerjasama dengan mereka.

ADS

Tegas anggota Parlimen Bagan Datuk itu, PAS juga sedia maklum dengan syarat Umno itu dan telah menetapkan tarikh akhir untuk menetapkan keputusan mereka.

Sementara itu seorang sumber lain yang turut hadir dalam perjumpaan semalam turut mengesahkan gambaran bahawa PAS akan bersama BN.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan terkini menunjukkan ada pihak tertentu dalam PAS sendiri sedang berusaha untuk menggagalkan kerjasama berkenaan.

"Ya benar presiden Umno ada bagi gambaran dan PAS dikatakan bersetuju dengan syarat tetapkan BN. Cuma kerjasama itu kita tak panggil sebagai MN, tapi MN 2.0.

"Cuma saya dapat maklumat terkini yang ada pihak dalaman PAS sendiri cuba menghalang kerjasama ini, difahamkan orang-orang yang rapat dengan presiden PAS juga," katanya yang enggan didedahkan namanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebagai rekod PAS sebelum ini dilaporkan akan mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno mahu memulihkan agenda penyatuan ummah susulan pertemuan empat mata pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata PAS akan membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama mereka dengan Umno pada hujung minggu ini.

Malaysiakini

Post a Comment

4 Comments

  1. Pas kata dua pihak Islam yg bertelagah mesti didamaikan. Jadi knp Pas tak didamaikan dgn Amanah. Adakah Pas tak anggap Amanah sbg Islam? Aik....sejak bila Pas jadi tuhan pula. Inilah mainan AUTA Pas yg hampir sama taraf dgn auta Tun M!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ideologi pas dan amanah tak sama. Seorg roti john dan seorg lagi tin milo agak sukar bersama. Mungkin suatu hari nanti boleh berlaku seperti atok dan anwar.

      Delete
  2. Ideologi pas dan umno sama? Klu sama biar bubarkan saja Pas, seperti kata arwah tgna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau bubarkan pkr dan semuanya ikut dap....

      Delete