Hmmmmmmmm.....

Sumber badan anti rasuah itu memaklumkan suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” kata sumber itu.

Semalam, Radzi dalam kenyataan menafikan dakwaan beliau meluluskan secara runding terus projek berkenaan dan mendakwa tindakan SPRM itu dibuat atas arahan pihak atasan susulan kenyataannya di Parlimen, Selasa lalu.