Akhbar Israel, Ynet melaporkan bahawa IDF terpaksa mengurangkan jumlah tentera simpanannya ketika ini kerana Ekonomi Israel semakin menuju ke krisis akibat Perang Israel Palestin. Ini susulan pengurangan tenaga kerja di dalam ekonomi kerana mereka memasuki Tentera Simpanan IDF
IDF mengerahkan 360,000 Tentera Simpanan dengan 100,000 ditugaskan menyerang Gaza
Ynet memetik sumber dalaman Tentera Israel melaporkan pengurangan jumlah tentera simpanan ini terpaksa dirahsiakan dan tidak akan diisytiharkan secara rasmi
Namun begitu jumlah pengurangan anggota itu dirahsiakan berikutan operasi masih berjalan
Sumber pegawai tinggi Tentera Israel melaporkan IDF cuba mengurangkan jumlah tentera Simpanan dalam menyimpan kekuatan Israel jika perang berlarutan
Biro Statistik Pusat Israel melaporkan jumlah pengangguran di Israel meningkat dari 3.4% pada September 2023 kepada 9.6% pada November 2023
Kredit: marchforward
0 Comments