UCAPAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA 12 NOVEMBER 2023

SEGALA PUJI BAGI ALLAH. TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM

Kita kini memasuki Hari ke 36 Pertempuran Tufan Al Aqsa di mana sejarah akan kekal dan Penjajah akan ditewaskan.

Kereta Kebal Israel menghadapi tentangan hebat dan pertempuran sengit dari kami menyebabkan mereka terpaksa berundur dan mengubah arah pencerobohan mereka 

Mesin Perang Israel yang disokong US memusnahkan segala di hadapan mereka sebelum mara ke hadapan, tetapi mereka(Israel) menghadapi penentangan dari kami yang memusnahkan kenderaan perisai mereka dan tentera mereka yang sedang berada di kubu kubu mereka dan tempat perhimpunan mereka

Pejuang kami muncul dari bawah tanah dan atasnya, dari bawah runtuhan dan memusnahkan kenderaan perisai dan kereta kebal mereka 

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan musuh kami di hadapan mata dunia. Termasuk pembunuhan kanak kanak, wanita dan orang awam. Pengeboman ke atas hospital dan fasiliti infrastruktur. Adalah satu satunya pencapaian musuh kami dalam perang ini. Mereka kini menonjolkan keinginan kepimpinan mereka yang gagal dan kalah yang hanya mahukan pembalasan dendam yang selesa dan mudah. Secara sadis menaikkan imej kemenangan mereka di hadapan rakyat dan peringkat domestik berdasarkan lautan darah orang yang tidak bersalah 

KAMI MENGUMUMKAN SUDAH MENDOKUMENTASIKAN KEMUSNAHAN ATAU SEBAHAGIAN MUSNAH 160 KENDERAAN MUSUH SEJAK PERANG DARAT BERMULA TERMASUK 25 KENDERAAN DIMUSNAHKAN ATAU SEPARA MUSNAH DALAM 48 JAM TERAKHIR 

Penjajah tidak akan dapat merasa walau sedetik kemanan dan kami akan terus membayar harganya. Saya menyatakan kepada rakyat kami. Kalian sedang berada di Pihak Yang Menang dengan Kehendak Allah SWT .

Konfrontasi kami masih tidak simetri tetapi ia masih menakutkan dan menggerunkan Tentera Musuh yang dikatakan Terkuat di Rantau Timur Tengah ini 

Wahai rakyat Negara kita yang Agung. Kesakitan yang kita hadapi dan rakyat kita hadapi kerana jenayah keji yang dilakukan musuh tidak akan mengubah realiti betapa maruah dan kehormatan menyebabkan kalian masih berdiri di saat tidak dipedulikan dunia dan keganasan pencerobohan ini 

ABU UBAIDA
12 NOVEMBER 2023