Menteri Luar Sementara Lubnan, Abdallah Bou Habib memaklumkan bahawa Lubnan menolak permintaan Israel untuk mengeluarkan Hizbullah dari Selatan Lubnan dan Sempadan Utara Israel ke Utara Sungai Litani

Lubnan menyatakan penyelesaian sempadan Lubnan Israel perlu diselesaikan secara menyeluruh dan penyelesaian separuh separuh tidak akan membawa keamanan dan kestabilan sebaliknya membawa kepada perang baharu di Rantau Timur Tengah

Bou Habib meminta agar Resolusi PBB 1701 diguna pakai iaitu penghormatan kepada Garisan Biru yang dirangka PBB pada tahun 2000 

Resolusi PBB 1701 diluluskan selepas tamat Perang Hizbullah Israel 2006

Bou juga mempertikaikan sesetengah menteri luar negara Barat yang tidak mempersoalkan tindakan Israel dan hanya mempersoalkan tindakan Hizbullah. Bou juga mahu Israel menghentikan pencerobohan ruang udara, laut dan darat sebanyak 30,000 kali sejak 2006 sehingga kini

Pada 5 Februari 2024. Menteri Luar Israel memaklumkan bahawa masa semakin suntuk untuk rundingan diplomatik dengan Lubnan bagi mengelakkan perang dengan Hizbullah 

Hizbullah telah menyebabkan lebih 230,000 rakyat Israel terpaksa dipindahkan jauh dari Utara Israel