Hmmmm.. Sultan Kelantan pun ada sama... Standard business la kan...

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan (PAS), Ahmad Fadhli Shaari ketika perbahasan di Dewan Rakyat mengesyorkan pihak-pihak yang mempunyai wang yang banyak boleh sponsor kepada pelajar untuk mempromosi diri mereka di dalam universiti.

Katanya, pendedahan terhadap pengurusan kewangan yang bagus mampu melahirkan belia yang hebat seperti bekas setiausaha kepada perdana menteri, yang muncul sebagai pemegang saham utama dalam HeiTech Padu Bhd dengan 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

“Dalam usia yang muda muncul sebagai jutawan yang hebat. Ini satu contoh yang baik,” katanya menyindir Farhash.

Minggu lalu, media melaporkan Farhash muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyedia perkhidmatan teknologi tersebut. Berita itu ditarik balik kerana cara ia disampaikan seakan-akan menyalahkan Farhash yang rapat dengan PMX.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Heitech Padu mengumumkan Rosetta Partners Sdn Bhd telah membeli 16.1 juta saham Heitech Padu dalam dua transaksi itu 6.158 juta saham pada 11 Mac dan 9,691 juta saham pada 12 Mac menerusi urus niaga langsung. 

Datuk Farhash Wafa Salvador menjelaskan pegangan saham yang yang dimilikinya dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikkan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Perta  Ibni Sultan Ismail Petra yang juga mantan Yang di-Pertuan Agong ke-15 

Jelasnya, pemilikan saham ini juga merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan antara Sultan Muhammad V dan beliau untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera.










Post a Comment

0 Comments