Berita tidak jelas, Polis bertindak kasar tapi... Isu Tergantung..



Penasihat kumpulan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran mendakwa polis menyalahgunakan kuasa apabila menyiasat penyampai berita yang mendakwa dua anggota polis bertindak kasar terhadapnya baru-baru ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Surendran menggesa polis menggugurkan siasatan dan menjawab kritikan dengan cara lebih sesuai serta bukan dengan cara menghukum orang awam.

"Sejak bilakah menjadi satu kesalahan jenayah bagi orang ramai mengkritik sebarang tindakan atau perlakuan polis? Saya hairan polis Subang Jaya mengambil tindakan ini," katanya.

Baru-baru ini tular satu artikel ditulis pengacara terbabit mendakwa dilayan dengan teruk oleh dua anggota polis semasa melakukan pemeriksaan terhadapnya di kawasan perumahan USJ 9 di Subang Jaya, 13 Mac lepas.

Dia tiba di rumah kira-kira jam 1 pagi selepas menyampaikan berita dan duduk di dalam keretanya - yang diletakkan di hadapan rumah - sebelum dihampiri dua anggota polis yang menaiki motosikal.

Muhammed memberikan kad pengenalannya setelah diminta anggota polis terbabit namun keadaan menjadi tegang apabila salah seorang daripada mereka meminta dia keluar daripada kenderaan itu tanpa menyatakan sebab.

"Salah seorang daripada mereka mempamerkan tingkah laku kasar, sombong dan tidak profesional, yang membuatkan saya kecewa," tulisnya.

Muhammed tidak mendedahkan identiti atau memberikan sebarang keterangan mengenai kedua-dua anggota itu.

Post a Comment

0 Comments