Dr Sam, Kenapa begini? Pertumbuhan KDNK Terengganu tercorot antara negeri lain?

Minggu lepas, Jabatan Statistik Malaysia telah mengeluarkan laporan ekonomi bagi semua 13 negeri di Malaysia. Laporan itu sangat mengecewakan, ini kerana negeri yang dipimpin oleh Dr Sam yang dikatakan bakal Perdana Menteri Calonan Perikatan Nasional dilihat gagal mengembangkan sektor ekonomi di negeri tersebut. Dimana pertumbuhan KDNK terengganu merudum 3 kali ganda berbanding Kelantan. 

Berdasarkan prestasi KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) bagi tempoh 2017 hingga 2023, negeri Terengganu mempunyai prestasi paling corot. Ekonomi negeri hanya berkembang 9.9% dalam tempoh 6 tahun.

Malah Kelantan yang selalu dikritik pun mengalami pertumbuhan ekonomi 29.3% iaitu hampir 3 kali ganda daripada negeri Terengganu.

Dr Sam perlu membuktikan kemampuan sebenar dalam meningkatkan prestasi KDNK negeri selaras dengan kritikan demi kritikan yang telah dilontarkan. 

Atau mungkin Dr Sam boleh meminta Jabatan Perangkaan membentangkan micro data sebenar, dimana penyebab sebenar pertumbuhan ekonomi terengganu merudum dengan begitu teruk.



Post a Comment

0 Comments