Sultan Selangor Murka!? Tidak Perkenan Penternakan Babi Di Semua Daerah Selangor!

Kenyataan rasmi Istana Selangor bertarikh 10 Februari 2026 telah menutup buku isu penternakan babi di Selangor. Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bukan samar, bukan berkias, bukan boleh ditafsir ikut selera. Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor. Titik...

Apakah masih ada pihak yang berlagak kebal, bercakap seolah-olah titah Sultan hanyalah “pandangan” yang boleh dilobi, dirunding dan dipusing. Ini bukan soal pelaburan, ini soal adab dan ketaatan. Bila Raja sudah bertitah, siapa kamu untuk membantah?

Jangan Berselindung Di Sebalik “Moden” Untuk Lawan Raja

Ada yang cuba menjual naratif “penternakan moden, teknologi hijau, sifar pencemaran”. Hakikatnya, Sultan sendiri telah menolak hujah itu, tiada jaminan pencemaran boleh dielakkan, kos terlalu tinggi, dan risikonya terus mengancam sumber air rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Bila Titah Dipersoal, Itu Derhaka Yang Disolek

Jangan berselindung di sebalik alasan “hak”, “ekonomi” atau “permintaan pasaran”. Sultan Selangor telah pun membuka jalan penyelesaian, import dibenarkan, tanah negeri tidak perlu digadai, keharmonian masyarakat dipelihara. Cadangan itu adil, matang dan berhemah.

Maka sesiapa yang masih mencucuk api, menghidupkan semula cadangan, atau bermain di belakang tabir selepas titah ini, sedang mencabar institusi Raja secara terbuka. Itu bukan keberanian, itu kedegilan yang menghina kedaulatan negeri.

Selangor Ada Raja, Bukan Kosong

Jangan silap baca keadaan. Selangor bukan negeri tanpa tuan. Raja bukan simbol, titah bukan hiasan, dan kesabaran Baginda bukan lesen untuk melampau.

Isu ini wajib ditamatkan, seperti yang dititahkan. Hormati Raja, patuhi keputusan, dan hentikan segera segala bentuk penderhakaan berselindung sebelum kepercayaan rakyat hancur dan maruah negeri dipijak.








Post a Comment

0 Comments