Katanya video tu lama, tahun 2018. Tapi realitinya, klip yang tular sekarang datang daripada akaun The Fever Kinetic Theater, dan ia baru-baru ini sahaja mencetuskan reaksi keras termasuk desakan Abim supaya pihak terlibat mohon maaf, serta seruan Menteri Perpaduan Negara supaya polis dan MCMC siasat.
Jadi jangan lari. Isu bukan “video lama atau baru”. Isu ialah sikap yang berulang setiap kali Rukun Negara disentuh.
Mudah sangat nak sindir “Melayu special privileges”. Mudah sangat nak katakan hak istimewa itu punca segala masalah. Tapi bila yang berhak istimewa buat hal dan masuk penjara, senyap. Bila orang lain curi tanah, dirikan kuil haram, langgar undang-undang, tiba-tiba seluruh kaum bersatu padu bela “punya sendiri”.
Rule of Law? Kedaulatan undang-undang? Hanya cantik di bibir, hilang bila sentuh kaum sendiri.
Ini bukan soal Melayu, Cina, India atau mana-mana kaum. Ini soal standard berganda yang sudah meresap. Kita mahu negara berlandaskan undang-undang, tapi hanya bila undang-undang itu menyakitkan orang lain. Kita mahu kesaksamaan, tapi hanya bila ia menguntungkan pihak kita. Kita marahkan privilege, tapi diam apabila privilege itu dilindungi oleh solidariti kaum.
Rukun Negara bukan hiasan dinding. Kedaulatan undang-undang bukan slogan pilihan raya. Kalau kita benar-benar mahu negara yang adil, mula dengan berhenti pilih-pilih bila hendak tegur. Siapa yang salah, salah. Siapa yang langgar, kena. Tak kira warna kulit, agama, atau berapa kuat suara kaum itu.
Selagi kita masih boleh bersatu padu bela yang salah hanya kerana “dia orang kita”, selagi itu Rukun Negara hanya tinggal tulisan. Dan cermin itu, memang retak – lama atau pun baru.




1 Comments
Dah kena tangkap belum?
ReplyDelete