BAN Sukan - TMJ Tolak Jawatan Presiden FAM. Mengaku Tidak Akan Berlaku Adil

Aku respect pada TMJ. Sangat berani mengatakan dia takkan berlaku adil kalau jadi presiden. And maybe akan lebihkan Johor. So inisiatif terbaik tak nak bertanding berebut jawatan presiden FAM. Dan bertahun lama kena tekan supaya letak jawatan. Sekarang baru nak buat pertandingan. Tapi seriusly kalau golongan bangsawan ni jadi ketua. Ada baik and buruk. Baiknya kalau nak buat sesuatu benda tu, senang la. Orang hormat sebab dia golongan bangsawan. Yang buruknya, kalau dia buat taik. Takde orang berani tegur.

Apa aku harap, kalau presiden FAM baru ni naik. Tak tau la saper.. Mohon suruh semua negeri bangunkan infra stadium. Tak banyak stadium kat malaysia ni taraf bolasepak profesional. Lebih kepada kawasan pembiakan tikus. Dengan tandas, dengan kerusi, dengan cara susunan kemasukan stadium. Penjualan tiket bagai.. 80-90 percent failed!


Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini.

Tunku Ismail, 29, berkata :

  • “Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor.
  • “Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab.

“Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM,” kata Tunku Ismail.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

7 Comments

  1. kalaulah pemimpin negara mcm ni. kan bagus.

    ReplyDelete
  2. bagus betul TMJ ni. luv TMJ

    ReplyDelete
  3. luaskan kuasamu JOHOR! doakan 2015 masuk AFC Cup

    ReplyDelete
  4. dia bagus tapi problem nya tmj ni panas baran -,- ish2 kena ad org yg sebelah dia yg patut tenangkan dia...untuk bantu dia... ka zzzz

    ReplyDelete
  5. bukan TMJ pernah buat kenyataan nk byr gaji pengadil ke? klu betol mcm tu adalah dia akn adil?.....lagipun FAM ini milik malaysia bukan milik golongan bangsawan, aku pernah dgr kenyataan bangsawan pahang dulu ms bertanding jawatan FAM, timb presiden kata 'saya stand alone' ..kenyataan tu kuar bila wartawan tya sbb dia x di cabar jawatan dia dn menang tanpa bertanding...presiden pun sama....kami rakyat malaysia bkn x hormati raja tp biar la berasas, FAM kepentingan awam malaysia, ia sepatut di tadbir urus oelh org awam yg di lantik secara awam berdasarkan kebolehan dan kemampuan dia, bkn monarki. ini bukan masanya utk berpolitik dan berbisnes..ini isu nasional.....kritikan demi kritikan timbul bkn dari org kampong to dr profesional jg.. perlu lihat serius perkara ini, dan aku nmpk jln cerah dlm idea Khairi dlm majukan bola sepak, bila KJ tegur ada suara ghaib sindir, hentam kJ mcm2.....sampai bila bola sepak malaya nk jd mcm skg? kita pernah gemilang dulu, spttnya makin gemilang..bkn malang....FAM ptt dgr suara ramai yg xde kepentingan mcm kami rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu TMJ taknak. dia tau dia xmampu nk hadapi. bekas presiden JDT. mesti la dia akan lebihkn JDT. sama jer kalau mana2 presiden lain. dahtu takkan nk lantik org luar.. tak logik akal la pulak.

      FAM mcm dah jadi badan induk golongan bangsawan. petik sana petik sini. kerabat itu kerabat ini. dahtu rakyat bawahan ape dapat. belajar tinggi2 bagai nak rak. balik2 kerja bawah bangsawan yg takde qualification. yg ada cuma atas dasar nama "bangsawan".

      MONARKI

      Delete
  6. TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL! :D :D :D :D :D :D !! LUASKAN KUASAMU JOHOR!!

    ReplyDelete