Dadah Dalam Tetek / Payudara

Gila ker, bangang ker, duit punya pasal. Jangan kata bedah, nak toreh, nak apa bagai.. Semua sanggup.. Tu kalau duit punya pasal.. Ada jugak kes kena khianat, kena paksa, kena dikhayalkan.. Tuan badan digunapakai semata-mata untuk capai matlamat DADAH tersebar, digunakan, disedu, dihisap sampai jadi masyarakat gila.. So, how nak prevent ni semua.. Undang-undang dah ada, tapi sejauh mana penguatkuasa berani menangkap tokey2 besar.. Kalau dapat tangkap, ok fine, jatuh hukuman.. Berapa tahun.. kalau seumur hidup, okey.. Tapi konco-konco dia nak tengok saje ker..

Sebab tu masalah dadah ni xkan selesai. Ditambah lagi dengan tekanan hidup. Manusia yang dalam keadaan celaru akan cuba mengambil jalan pintas mendapat wang cepat.. Siapa patut dipersalah dalam hal ni.. Majlis, lembaga hantu jepun mane perlu dipersalah.. Ker turun demostrasi politik baru selesai masalah..


Bogota, Colombia: Seorang wanita ditahan di lapangan terbang di sini kelmarin selepas cuba menyeludup cecair kokain seberat 1.5 kilogram yang disembunyikan dalam implan payudaranya, kata polis semalam.

Jurucakap polis, Diego Rosero berkata, Paola Deyanira Sabillon, 22, ditahan kerana kelihatan mencurigakan dan cemas ketika tiba di lapangan terbang itu.

Katanya, wanita yang berasal dari Honduras berkenaan cuba menaiki satu penerbangan menuju ke Barcelona, Sepanyol.

“Polis membuat pemeriksaan pada badan dan barangan wanita itu, tetapi tidak menjumpai sesuatu yang meragukan.

“Bagaimanapun, selepas membuat imbasan X-ray kami menemui kesan pembedahan baru pada payudara wanita itu.

“Selepas disoal siasat wanita itu mengaku implan dalam payudaranya mengandungi sejenis cecair dan dia mahu membawa cecair itu ke Barcelona,” katanya.

Paola memberitahu pembedahan untuk memasukkan implan mengandungi cecair dadah ke dalam payudaranya itu dibuat di sebuah klinik di Pereira, barat Colombia.

“Wanita itu kini dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada payudaranya,” katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. sekarang aku pelik. mcm mane dia masukkn dlm tetek. cuba kwn2 explain

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete