Sadis! Bayi Lelaki Mati Ditemui Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh!


Amat menyayat hati apabila bayi berusia 3 bulan mati terbunuh tetapi pengasuh membuat pelbagai jenis cerita tetapi akhirnya dijumpai oleh pihak polis dimana bayi tersebut berada dalam peti sejuk dan telah maninggal dunia.

Bapa bayi tersebut bertungkus lumus menyebarkan berita kehilangan bayi kesayangan mereka, walhal anak mereka telah mati dirumah pengasuh. Tidak dapat dipastikan kenapa bayi tersebut meninggal dunia.

Menjaga bayi dibawah 6 bulan bukan perkara yang mudah, tambahan lagi sekiranya bayi tersebut baru belajar mengenal susu botol. Jika si penjaga tidak fasih atau tiada ilmu dalam penjagaan bayi boleh menyebabkan kematian mengejut bayi samada ketika tidur, semasa memberikan susu dan pelbagai lagi.

Sudah sekian lama perkara ini terus berlanjutan dan rasanya setiap agensi kerajaan telah alert perkara tersebut. Tetapi inisiatif untuk penjagaan bayi masih ditahap lemah, kawalan disetiap pusat asuhan masih lemah. Pendaftaran paksa setiap penjaga masih tidak dikawal dan tiada sistem kawalan berpusat yang dapat mengawal. Malahan kerajaan juga tidak memainkan peranan inisiatif untuk memberikan kelas pembelajaran asuhan kepada bakal pengasuh atau pengasuh yang mahu mengambil anak asuhan.



Laporan Kehilangan Anak : BH 

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan hilang apabila pengasuhnya tersalah menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa bayi itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini jam 6.30 petang, semalam.
Kehilangan bayi bernama Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif itu disedari ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, selepas dihubungi pengasuhnya dikenali sebagai Akila yang memaklumkan anaknya sudah diambil suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28.
Menurut Farrah, dia baru seminggu menghantar bayinya itu ke rumah pengasuh berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa suaminya sudah datang mengambil anak sulungnya mereka.
"Saya terkejut apabila pengasuh maklumkan bahawa suami sudah datang mengambil anak kami sedangkan suami sebenarnya memang tidak tahu pun lokasi rumah pengasuh.
"Jadi, saya terus terkejut apabila pengasuh memaklumkan anak kami sudah tiada kerana diserahkan kepada lelaki itu," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, selepas membuat laporan polis, malam tadi.
Farrah yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, dia kecewa apabila pengasuhnya itu terus menyerahkan bayi berkenaan kepada lelaki terbabit sedangkan tidak mengenali suaminya itu.
"Membuatkan saya kecewa, bagaimana dia (pengasuh) boleh terus serahkan bayi kami kepada lelaki berkenaan sedangkan wajah suami saya pun dia tidak kenal.
"Lagi bertambah kecewa bila bayi kami diserahkan terus tanpa menelefon saya untuk pengesahan," katanya.
NSTP difahamkan, pengasuh berkenaan menyerahkan Adam selepas seorang lelaki berpakaian kemas mendakwa dirinya sebagai bapa bayi itu dan ingin mengambilnya.
Pengasuh berkenaan dikatakan sudah menghubungi ibu bayi itu untuk pengesahan namun panggilan tidak berjawab sebelum menyerahkan bayi itu.
Sehubungan itu, Farrah dan Mohd Saufi turut meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan bayi mereka.


Laporan Kematian Sadis Bayi Berkenaan dari : MK

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan, yang dilaporkan hilang selepas dikatakan dilarikan individu tidak dikenali, ditemui mati di dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, lewat malam tadi.
Mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah itu kira-kira pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata ketika ditemui mangsa berada dalam sebuah beg berwarna hijau dengan berpakaian lengkap serta dibalut kain napkin.
"Penemuan mangsa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengasuh itu selepas proses rakaman percakapan yang dilakukan terhadap suspek dicurigai.
"Bagaimanapun, pemeriksaan awal anggota badan mangsa tidak menemui sebarang kecederan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita.
Ali berkata pihaknya menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semalam, dilaporkan Adam Rayqal telah dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini.
Perkara itu disedari apabila ibunya, Farah Madiha Othman, 28, ingin menjemputnya pulang kira-kira 7 malam tadi.
Menurut pengasuh itu, Adam Rayqal yang baharu seminggu dihantar ke rumah pengasuh itu telah diambil oleh bapa mangsa.
Kehilangan Adam Rayqal tular dalam laman sosial Facebook apabila bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, memuat naik gambar mangsa dengan meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ya Allah Ya Tuhanku... Kau syurgakan lah bayi ini kesyurga yg paling indah Kau ada... Allahuakhbar.. Kau lebih menyayanginya...

    ReplyDelete