Dr Agus Bidas Rakaman Fitnah Suara Anwar Ibrahim Cuba Lagakan Azmin & Rafizi


RAKAMAN AUDIO ANWAR: HENTIKANLAH POLITIK FITNAH

1. Hari ini tersebar tiga rakaman audio yang didakwa sebagai ucapan DSAI.  Rakaman pertama tentang Anwar meminta Rafizi Ramli melawan Azmin dalam pemilihan parti kerana mendakwa Azmin telah menjadi “barua Mahathir”. Rakaman kedua mengkritik Mahathir kerana melantik diri sendiri menjadi pengerusi Khazanah Nasional. Rakaman ketiga tentang skandal forex pada 1990-an ketika Mahathir menjadi PM.

2. Saya yakin rakaman audio itu palsu. Cara meniru gaya suara Anwar pun setaraf dengan pelajar kolej yang sedang menyiapkan projek multimedia mereka. Kenapakah taktik sebegini masih digunakan untuk membunuh karekter politik Anwar?  Apakah untuk menimbulkan permusuhan antara Anwar dengan Mahathir?  Apakah untuk memecahkan PH?

3. Jika itulah tujuannya, hentikanlah. Rakyat tidak percaya dengan taktik tidak bertamadun seperti ini.  Sekarang kedua-dua mereka sudah berdamai. Anwar pun sudah berulang kami memberitahu beliau menyokong kepimpinan Mahathir.  Berilah peluang kepada kedua-duanya untuk menguruskan pemerintahan negara tanpa menggoncang hubungan mereka. Jika ada perbezaan dasar dan politik, bahaslah secara berfakta. Inilah cara terbaik yang perlu kita lakukan.

4. Moga sahaja pihak berkuasa menyiasat penyebaran audio ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya.  Orang yang memfitnah patut ditangkap dengan segera. Jangan biarkan politik fitnah sebegini menjadi budaya berpolitik di negara kita.  Pesan saya, ingat dosa pahala.

DrMohammadAgus

Post a Comment

2 Comments

  1. CELAKALAH HENDAKNYA KE ATAS PARA PEMFITNAH. DALAM USAHA MEMBENTUK SUASANA POLITIK YANG BAHARU, MALAYSIA TIDAK MEMERLUKAN ORANG SEPERTI ITU (PARA PEMFITNAH). SIASAT DAN TANGKAPLAH MEREKA SUPAYA MEREKA TAHU BAHAWA PERBUATAN MEREKA ITU SANGAT TIDAK BERTAMADUN.

    ReplyDelete
  2. Ini kerja spesis Eskay dengan Datuk T punya ikhtiar, tidak syak lagi!!!

    ReplyDelete