Berdiri terlalu lama mengharapkan politik populariti dan meraih segala kemewahan mengikut telunjuk dan akhirnya direntap oleh rakyat yang memperlihatkan perubahan berskala besar yang cuba dilakukan kerajaan malaysia baru.

Utusan sememangnya tidak asing lagi bagi pengikut setia umno dan boleh dikatakan utusan lebih kepada pro umno sebelum wujudnya akhbar alternatif yang lebih bersifat terbuka seperti sinarharian. Persoalannya adakah pihak kerajaan memerlukan pemakluman secara details kenapa langganan akhbar utusan dihentikan. Sepatutnya pihak utusan sendiri sedar dan cuba berdiri tanpa mengharapkan kerajaan.

Dunia digital yang ada pada hari ini sememangnya akan melenyapkan akhbar kertas lapuk. Bagi generasi muda, hanya segelintir yang masih membeli akhbar. Kebanyakan mereka lebih gemar mendapatkan info secara terus melalui capaian web.

Jika kita lihat akhbar Berita Harian sejak awal telah mengambil pendekatan awal dengan menawarkan akhbar secara atas talian dengan bayaran yang berpatutan. Bukan itu sahaja, malaysiakini, malaysiainsight juga semakin giat bersaing dapat menarik pembaca secara sihat.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, ketika ini syarikat itu masih belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung perkara tersebut.
Kita belum menerima apa-apa arahan langsung daripada Kementerian Pendidikan. Cuma menurut pihak pemasaran, Kementerian Pendidikan di Putrajaya (yang hentikan langganan).
Macam untuk program-program sekolah ia melalui penajaan.
Kita akan jumpa kementerian untuk dapat kesahihan apa asas mereka buat arahan itu. Itu memo dalaman antara mereka dan mereka pun tidak ada maklum kepada kita.
Tak ada surat rasmi, jadi kita pun tak tahu sama ada memo itu adalah (keputusan) muktamad,” katanya kepada Malaysiakini.