JAKIM - Komuniti GAY Malaysia Seramai 310,000


Membimbangkan, tetapi ia dikatakan terus meningkat. Semoga kita semua dijauhi daripada bala seperti yang menimpa umat terdahulu.

Malaysiakini | Jumlah gay di Malaysia kini dianggarkan berjumlah 310,000 orang kata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013, golongan itu hanya sebanyak 173,000 orang.

Jumlah ini mewakili dua peratus daripada keseluruhan masyarakat Malaysia dengan 70 hingga 80 peratus daripada kaum Melayu, lapor The Malaysian Insight.

“Saya baru-baru ini tanya pegawai jabatan kesihatan untuk statistik 2018. Komuniti gay kini dianggarkan seramai 310,000.
“Angka ini sedang meningkat. Ini angka untuk gay.
“Angka bagi lesbian pula lebih sukar dijangkakan,” katanya dalam seminar berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Pulau Pinang hari ini.

Post a Comment

1 Comments