Kebebasan Media Diragut Kerajaan Baru ?

Apakah kebebasan media mendapatkan liputan bakal diragut. Mungkin disebabkan media yang hanya menunggu sesuatu yang sarcasm untuk menaikkan reputasi traffic semata-mata. Sebelum ini kita ada dengar menteri tidak berpuashati kerana media hanya membuat ulasan perkara remeh daripada perkara serius yang dibincangkan.

Sekiranya liputan tidak dibenarkan, ia seolah melanggar apa yang diperjuangkan oleh PH sebelum ini iaitu kebebasan media. Harap blog yang mempertikai dan mempersoalkan tindakan kerajaan tidak disekat. Kami pernah disekat sebulan sebelum PRU14 oleh kerajaan BN.

FMT| Akhbar Utusan Malaysia hari mendakwa ia dihalang mengambil laporan Rancangan Malaysia ke-11 yang diedar kepada media hari ini.

Laporan yang dilarang siar sehingga 4.00 petang esok itu diedarkan kepada media semasa taklimat tertutup RMK-11 di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Utusan, akhbar Kosmo juga dihalang mendapatkan laporan itu.

“Difahamkan 2 akhbar berkenaan dihalang daripada mendapat laporan itu atas arahan pihak tertentu dari sebuah kementerian,” katanya.

Utusan berkata pegawai bertugas bagaimanapun atas budi bicara menyerahkan laporan itu kepada wakil Kosmo dan meminta dikongsi bersama Utusan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentangkan kajian separuh penggal RMK-11 (2016-2020) di Parlimen esok. Ia adalah rancangan pembangunan 5 tahun ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Post a Comment

6 Comments

  1. kah kah kah

    mcm terkena je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai BN dh mula meresap secara perlahan2.

      Delete
  2. Dh terasa erti penyesalan ker?

    ReplyDelete
  3. Najib jugak ker salah sekat ni?

    hahahahahah
    ahahahahahaha
    hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Itu bukan dasar Kerajaan PH. Itu tindakan pegawai individu.

    Pertukaran dasar kerajaan mesti lah yang diumumkan Kementerian Deo.

    ReplyDelete