Kedudukan Tunai FELDA Hampir Kosong | Azmin Jawab Sebenarnya ‘lebih teruk daripada itu’

Malaysiakini | Biarpun mahu mendedahkan segala kecurangan pengurusan terdahulu Felda kepada umum, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terpaksa akur untuk tidak mendedahkan beberapa perkara melibatkan pelaburan luar negara yang sedang dalam siasatan SPRM.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tentang tadbir urus Felda oleh seorang penonton yang juga merupakan anak Felda ketika program Bicara Minda di Dewan Karangkraf Shah Alam.

“Kalau ikutkan saya, ramai yang dah kita hantar ke dalam (penjara). Tapi kita sebuah kerajaan yang mematuhi the rules of law, ada prosesnya.

“Dalam penyediaan kertas putih yang akan kita bentangkan di Parlimen, kita telah dinasihati SPRM untuk tidak memasukkan beberapa perkara melibatkan pelaburan di luar negara kerana sedang disiasat.

“Kita hormati. Kita jangan gopoh-gapah dan tergesa-gesa, beri masa kepada pihak berkaitan melakukan siasatan supaya pendakwaan dibuat cukup kuat agar orang yang rasuah dan salah guna kuasa ini dapat diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Sebelum ini, isu kertas putih Felda ini pernah dibangkitkan Azmin di mana beliau memberitahu bahawa pembentangannya akan dilakukan dalam sesi persidangan Dewan Rakyat 15 Oktober ini.

Kata beliau, masalah tunai yang dihadapi Felda adalah amat kritikal, dan tumpuan lembaga pengarah serta pengurusan Felda yang baharu adalah terhadap pemulihan kedudukan aliran (kewangan) Felda dengan menstrukturkan semula hutang Felda.

Ketika berucap dalam program Bicara Minda Karangkraf berjudul “Ekonomi: kesejahteraan untuk semua," isu kertas laporan itu kembali dibangkitkan beliau.

Malah ketika ditanya oleh moderator Tan Sri Johan Jaaffar tentang kenyataan pengerusi Felda baru Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang mendakwa kedudukan tunai Felda hampir kosong, Azmin menjawab sebenarnya ia ‘lebih teruk daripada itu’.

“Ketika mula-mula diberi tanggungjawab oleh perdana menteri, saya terkejut dengan kecurangan dalam Felda yang akhirnya membebankan 120 ribu peneroka Felda seluruh negara.

“Lihat saja saham Felda Global Ventures (FGV) sekarang merudum dari RM4.80 kepada hanya RM1.30. Pemimpin-pemimpin politik dah jual lama saham ini, yang sengsara ialah peneroka Felda,” katanya lagi.

Post a Comment

7 Comments

  1. Kertas putih felda pulak. Mampoihhh

    ReplyDelete
  2. Debar skrng pn belum habis. Dtg pulak menatang felda. Nasib kolah ameno

    ReplyDelete
  3. Kalau dia tangkap masuk dlm penjara. Apakah felda boleh pulih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. terima hakikat rejim BN telah menjahanamkan Felda dan agensi lain termasuk tabung haji dan lain2

      2. biar rule of law berjalan untuk tindakan undang2 dan sebagainya

      3. memulihkan perlu masa...not overnite....jangan komplen jika kerjaan PH ambil beberapa langkah tak popular untuk pulihkan kedudukan kewangan Felda.

      kita perlu bersyukur PH menang yempuh hari. kalau tidak malaysia memamg hancur terus....wallahuaklam

      Delete
    2. Samada Felda boleh pulih atau tidak, itu adalah perkara lain. Perkara utama adalah mempastikan setiap orang, tak kira bangsa, agama, kedudukan dan pangkat jika melakukan kesalahan, jenayah mesti menerima hukuman. Jika dibiarkan pesalah tanpa dikenakan hukuman bermakna akan berleluasalah jenayah2 dan rasuah dalam negara. Perkara penting yang mesti ditegakkan adalah pihak2 yang mempunyai kuasa akan dihukum lebih berat jika melakukan kesalahan dan jenayah berbanding dengan rakyat biasa. Rakyat tidak mahu lagi mendengar berita perasuah2 dan pesalah2 yang berpangkat tinggi yang menyeleweng dana rakyat sehingga beratus2 juta dikenakan hukuman ringan sedangkan rakyat yang mencuri syampoo dan maggi kerana kesempitan hidup, dihukum penjara sehingga bertahun2 dan disebat. Hukuman mesti bersesuian dengan kesalahan samada ianya dilakukan oleh orang kebanyakan mahupun golongan atasan yang berpangkat Tan Sri atau Dato'.

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete
    3. Ye betul. Tp rakyat mesti mahukan kelangsungan felda.

      Delete
  4. Dahlah sipendek ni masih bebas tanpa rasa bersalah, boleh bertanding lg di prk pd... Omg!!!

    ReplyDelete