Kerana Enggan Memberi Anak Suntikan Vaksin, Anaknya 14 Bulan Mati Jangkitan Difteria


Astro Awani | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di daerah ini, dua hari lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

"Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Oktober dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober.

"Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan," kata kementerian itu.

Menurut KKM, kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 15 Oktober akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

"Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal," tambah KKM.

Penyakit difteria merupakan jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak (farinks/kerongkong), dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

Bagi membendung penularan jangkitan ini adalah termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi, dan pendidikan kesihatan.

Sehingga hari ini, tiada kes baharu dilaporkan kepada kementerian ini.

Justeru, KKM ingin menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, cacar, beguk dan lain-lain.

"Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti," tambah kementerian itu.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka dinasihatkan tampil untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi kanak-kanak yang telah tercicir suntikan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

Post a Comment

11 Comments

  1. Ini lah kesian nya mereka yang alpa, lalai, kurang mengendahkan penting nya suntikan kanak2.

    Ada yang jahil, kurang pelajaran, kurang pengtahuan, kurang atau tidak bercampur dalam masyarakat yang boleh menasihat si ibu dan bapak.

    uhan menentukan kita di peranakkan ke dalam suasana yang mana. Kalau suasana sederhana, tidak merana.

    Tapi tanggungjawab pemerintah membaikki suasana hidup rakyat nya. Bila ada pemerintah mencuri, merompak berbilion FRinggit wang akyat di 1MDB, macam Najib, susah lah rakyat.

    Berterima kasih lah kita bahawa Pakatan Harapan dah gulingkan si Najib. Kalau tak, teruk kita lagi berterusan.

    ReplyDelete
  2. "kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi," kata kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM).

    Tak di sebut latar belakang emak bapak si anak yang mati. Atau di mana berlaku nya keadaan itu.

    KKM pun patut umumkan sekurang kurang nya tempat berlaku kes itu. Kalau sebut, mungkin ada NGO yang berkaitan boleh pergi ke situ memberi nasihat dsb nya.

    Astro Awani yang melaporkan berita itu pulak tak juga menyebut nya. Nampak nya main copy paste sahaja kenyyataan KKM. Pada hal boleh di talipon sahaja untuk medapat tahu sikit butiran tambahan. Mereka suatu organisasi yang besar, ada tenaga pekerja, "wartawan" dsb nya.

    Nasib lah kita rakyat Malaysia ini. Kekurangan bermacam macam. Tapi perlu kita sebut kekurangan2 itu di mana mana yang boleh. Bagi membantu sedikit sebanyak.

    Dari segi ini, bagus blog ini mengeluarkan pos seperti di atas. Dan membenarkan sesiapa mengeluarkan pendapat, termasuk keritik2 yang membina. Dengan tidak me"moderate" blog nya, menyenangkan orang memasukkan komen. Syabas Sdr Mat Ozil. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mereka terikat dgn beberapa akta. Dsbbkn info tu dr kkm dan mngkin kkm tdk mahu kongsikn maklumat details.

      Rsnya nurse berhampiran tlh ke tmpt tsebut mberi nasihat.

      Delete
    2. Sori nak kata, kalau KKM tak mahu kongsi details, boleh di katakan bodoh.

      Takda Akta yang menyekat maklumat penyebaran berita kesihatan. Kalu ada, boleh juga di katakan Akta bodoh.

      Peguam Negara yang biasa nya menderafkan Akta untuk di lulus Parlimen tidak bodoh.

      Delete
    3. masalahnya... kalau data peribadi mana bleh kongsi. nk bgtau lokasi boleh la. kalau kena saman in future. how?

      Delete
  3. Setuju dengan pendapat indrana. Pemerintah beri kemudahan, NGO boleh bantu, blogs boleh beri ruang keluarkan maklumat dan cadangan2.

    ReplyDelete
  4. Setuju bahawa, kalau berita pasal doktor pakar yang sexual harass doktor bawahan nya itu, itu boleh di pendam nama nya dari orang ramai.

    Sebab, kalu keluarkan nama, mungkin melibatkan saman malu dsb nya. Walau pun aku rasa kalau asyik nak menyondol, dia nak saman, saman lah. Ada Attorney General Chambers boleh bela KKM. Orang seperti doktor pelahap sex itu perlu di malukan.

    ReplyDelete
  5. Sdr Mat Ozil yang budiman,

    Dengan segala hormat nya, saya nak buat cadangan:

    Kalau tukar cara masuk komen dengan mengelakkan Robot Test itu, rasa nya lebih amai yang mengkomen disini. Saya akan lebih selalu.

    Ramai yang mahu komen sebagai Anonymous. Tapi letih di buat Robot Test. Pedih mata bagi orang yang kurang nampak gambar2 yang di keluarkan nya. Pulak nya, kekadang di ulang test itu, keluar "TRY AGAIN" entahapekepasalnya.

    Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu.. Aku bpinau mata nk cr verification ni.

      Delete
    2. Sbenarnya verification tlh deactive, tapi pihak google tlh prioritykn scara auto sbb byk komen spam sbelum ni.

      Mohon maaf

      Delete
    3. ko pakai disqus la senang min..

      Delete