Marah Betul Dengan Tok Pa. Kah Kah Kah



Malaysiakini | Hanya beberapa jam selepas sah Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) beliau 'terhukum' di kawasan parlimennya sendiri.

Jika sebelum ini gambar bekas menteri kanan dan anggota majlis tertinggi Umno itu boleh dilihat di Jeli, kini gambarnya sudah dipadamkan.

Dipercayai kerana kecewa atau marah gambar muka Mustapa yang terpapar pada satu papan iklan didapati ditampal dengan kertas oleh pihak yang tidak dikenali.

Bagaimanapun gambar Datuk Seri Najib yang turut dipaparkan pada papan iklan itu tidak diapa-apakan.

Dipercayai papan iklan itu dinaikkan sebelum pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu.

PRU ke-14 itu menyaksikan Najib gagal mengemudi BN untuk terus mendapat kepercayaan daripada majoriti rakyat negara ini menjadi kerajaan.

Menurut laporan Sinar Online gambar Mustapa dikatakan ditampal kertas pada malam beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam BERSATU.

Mustapa yang sebelum ini mempunyai imej yang baik - termasuk di kalangan Pakatan Harapan - mengumumkan penyertaannya bersama BERSATU pada 26 Okt lalu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Satu bandar KB haritu duk puja TOKPA. Apakan daya TOKPA LARIIIIII

    ReplyDelete
  2. pepatah mengatakan, bila syg org tu berpada-pada

    ReplyDelete